Jari Jemari Menari

Apr 19, 2024

Ulasan Buku - Perempuan Busana Merah by Ramlee Awang Murshid

9:51 PM 0
Ulasan Buku - Perempuan Busana Merah by Ramlee Awang Murshid


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Aku bukan hantu..bukan syaitan. 


Lama rasanya ika tak beli buku RAM. Kalau tak silap rasanya buku terakhir ika beli tajuk Mandatori. Finally semalam sampai juga buku pre order yang ditunggu-tunggu. Pre Order ni dapar 2 freegift iaitu magnetic bookmark & poskad. Cantik. Thank you Buku Prima. Semalam tepat pukul 2 pagi ika habis baca ✨ 


Jom baca resensi PBM. Bismillah. 


Sinopsis Ringkas: Mukmin menerima tawaran kerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di Kundasang, Sabah. Dan di rumah agam itulah ada seorang perempuan busana merah yang sering kelihatan bagi orang yang hijab matanya terbuka. Akhirnya, Mukmin & perempuan itu berjumpa sesama mereka buat pertama kalinya disana. Apa yang terjadi seterusnya? 


..memegang kepalanya, kemudian menarik ke bawah. 
Dia kelihatan memegang kepalanya sendiri. 
Tubuhnya yang mongel itu nampak tidak berkepala 


Let me tell you something 🤏🏻 
Cerita ni bakal memanipulasi minda kalian sebagai pembaca bijaksana.




Buku nipis tapi tak sangka dengan terlalu banyak sangat perkara yang berlaku dalam PBM ni. Penulis berjaya habiskan cerita dengan perkataan tamat. Kalau baca sinopsis belakang nampak macam simplenya storyline & perempuan busana merah tu mesti roh yang terperangkap di mana-mana. Tipikal kan?
BUT guys -- Cerita ni lebih dari tu. Pemikiran penulis jauh berlangkah-langkah dari pembaca. Dan bila kita baca cerita PBM ini berinspirasikan apa. Kita lagi macam wow 🙌🏻 


Baca cerita ni yang penting kena tumpukan perhatian & sabar. Takut konfius. Watak tak banyak tapi dari segi timeline & plot twist dia. Tak santai. Kalau hilang fokus mungkin korang akan lost. 


Bayangkan dari Kundasang yang dikatakan Little New Zealand tu terus ke satu dimensi fantasi yang lain. Dunia fantasi yang direka penulis berhubungkait dengan misteri yang ada di rumah agam tersebut. Kemudian, dibawa pula kita ke dalam alam mimpi. Kita amaze. 


Kemudian, towards the end tu sangat laju macam tak ada hari esok dan plot twist dia macam sangat banyak sampaikan kita terpaksa selang seli bacaan dengan buat something else untuk tenangkan fikiran hshs.

Karakter Mukmin yang lurus bendul tu kalau bab lain dia memang bendul (lurus macam pembaris). Tapi kalau bab nak mempertahankan dan menyelamatkan seseorang. Dia No 1. Jadi tuan rumah agam (Cik Lily) tidak salah memilih orang untuk kali ini. Sebab Mukmin sejenis yang tidak akan duduk mendiamkan diri selagi tidak masalah di tempat dia bekerja tidak diselesaikan. 

📌 Rekomen PBM untuk collector & peminat setia RAM. 
📌 Ada elemen misteri, fantasi, thriller & keagamaan yang diselitkan penulis. 
📌 In one sitting dapat habiskan. 
📌 Unexpected ending & plot twist.
📌 Dapat belajar perkataan baharu yang tak pernah tahu sebelum ni.






Apr 15, 2024

Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

9:21 PM 1
Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Bukan Sekadar untuk Raya: Bayu Somerset Takrif Semula Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian


Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan

dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ditubuhkan pada 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang

dahulunya bekerja sebagai pegawai bank, melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong

untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya didominasi dengan rekaan bersederhana.

Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang,

warna kulit, saiz, majlis, atau musim.  


Sambil menguruskan lima cawangan kedai fizikal, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di

mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk

mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan dipacu teknologi dan memberi fokus terhadap trend semasa

seperti berstrim langsung dan pemasaran affiliate.


"Peralihan kepada e-dagang memerlukan kita untuk sentiasa belajar dan adaptasi, terutamanya dalam mengikuti

trend semasa,” kata Emir. "Ianya memerlukan pelbagai sumber penting, tetapi potensi manfaat yang boleh dikecapi

syarikat dan jenama tidak boleh dinafikan. Shopee merupakan salah satu sumber kritikal dalam membantu kami

mengharungi cabaran dalam talian. Shopee bukan sahaja membantu menarik pelanggan untuk membeli tetapi juga

meluaskan kesedaran jenama kami. Pendedahan jenama amat penting dalam dunia e-dagang, dan kestabilan

platform Shopee adalah sesuatu yang saya amat hargai.” 


Bayu Somerset mengambil pendekatan dinamik terhadap Shopee Live, berstrim langsung lapan jam sehari,

dua jam setiap sesi, tanpa mengira musim. Strategi ini memastikan keterlibatan pelanggan yang konsisten dan

melangkaui kemuncak musim seperti Raya. Walaupun mengakui prestasi jualan meningkat sepuluh kali ganda

semasa musim Raya, Bayu Somerset mengutamakan kelestarian berbanding kebergantungan terhadap kemuncak

musim. Selari dengan visi mereka untuk mempromosikan pemakaian baju kurung sebagai pakaian harian,

ayu Somerset memperkenalkan sekurang-kurangnya dua koleksi baharu setiap bulan, dengan saiz sehingga 5XL

untuk memastikan keterangkuman.   


Semasa sesi Shopee Live Bayu Somerset, pengacara dengan bersemangat berkongsi tentang keselesaan memakai

baju kurung dengan mengetengahkan keselesaan fabrik kapas yang diguna bersesuaian dengan cuaca Malaysia.

Dengan memastikan kemampuan milik, mereka menawarkan pakaian dengan harga serendah RM79, tanpa

kompromi terhadap kualiti. Semasa bulan Ramadan, pengacara juga mempamerkan koleksi Raya yang

merangkumi lapan koleksi berbeza di mana setiap koleksi mempunyai enam ke sepuluh corak, dan koleksi-koleksi

ini termasuk pakaian kanak-kanak dan pakaian lelaki. Rekaan diinspirasikan dari budaya Malaysia dan

gabungan ceria pelbagai budaya seperti dilihat dalam koleksi Moroccan, Mexican, dan African. Tambahan lagi,

Bayu Somerset baru-baru ini berkolaborasi dengan pengilustrasi tempatan, Arina Azhar untuk membawakan ‘whimsical vibe’ dan ‘twist’ menyeronokkan terhadap penawaran pakaian mereka.



Review pelanggan dan ruangan komen Shopee Live Bayu Somerset dipenuhi dengan pelanggan yang

berpuas hati dengan pembelian mereka seperti “Saya memakai baju kurung Bayu Somerset semasa berkebun!

Ianya sangat versatil, saya amat sukakannya!”, “Saya selalu memakai baju Bayu Somerset untuk ke pasar raya

atau cafe hopping. Fabrik yang mereka gunakan amat ringan tetapi tahan lasak, sesuai untuk pakaian harian.”

Sesi strim langsung Bayu Somerset bukan sahaja bertujuan untuk mempamerkan produk, tetapi turut memupuk

komuniti berkaitan keselesaan berpakaian dan fesyen versatil.  


Bayu Somerset aktif mengeratkan hubungan dengan pelanggan melalui ciri Shopee seperti Shopee Coins

dan baucar untuk meningkatkan lagi perjalanan membeli-belah mereka. Penawaran diskaun dan ganjaran

memberi insentif untuk pembelian berulang dan membina kesetiaan pelanggan. Tambahan lagi, penyertaan

mereka dalam kempen Raya Shopee, termasuk pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang

berstrim langsung dan ditontoni 70,000 rakyat Malaysia, menggunakan kebolehcapaian meluas platform

semasa musim perayaan untuk mempamerkan koleksi terkini dan menawarkan promosi istimewa.

Dengan menggunakan ciri dan kempen Shopee secara strategik, Bayu Somerset menguatkan kesedaran

jenama dan meningkatkan pengalaman pelanggan.  


Tambahan lagi, Diana menjelaskan kejayaan jenama dengan program Shopee Affiliate:

“Kami dapat melihat impak signifikan dari ahli

affiliate yang aktif mempromosikan Bayu Somerset dalam platform media sosial, terutamanya di aplikasi X. Ahli-ahli affiliate ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan kredibiliti jenama melalui testimonial dan perkongsian pengalaman memakai produk kami, yang memacu aktiviti pembelian.” Dengan program Shopee Affiliate, Bayu Somerset, dengan efektif berjaya menyebarkan mesej tentang nilai jenama mereka, harga mampu milik, dan rekaan unik, lalu meluaskan kecapaian dan impak pasaran. 


Bayu Somerset bercadang untuk meneruskan perjuangan. Dipacu semangat keusahawan, pesan Diana dan Emir kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia e-dagang: “Maksimumkan penggunaan ciri Shopee seperti Shopee Live dan Shopee Affiliate untuk menguatkan pendedahan jenama,” cadang Diana. “Adaptasi strategi kemenangan dari peniaga Shopee Live yang lain dan lihat apa yang bersesuaian dengan penonton anda.” Emir menekankan kepentingan untuk sentiasa beradaptasi: “Adalah penting untuk entiasa selaraskan diri dan adaptasi trend semasa dalam landskap e-dagang yang sentiasa berubah untuk kekal relevan dan kompetitif. Sentiasa kemas kini strategi anda agar sentiasa di hadapan.”

 

Dalam masa tiga tahun, Bayu Somerset telah menjadi batu asas ekonomi dan komuniti tempatan, mengambil 60 pekerja sepenuh masa dan 30 pekerja separuh masa dengan 95% adalah wanita. Jenama ini juga telah terjual lebih 8,500 helai pakaian di Shopee dengan Kebarung Merdu sebagai produk terlaris. Dengan hampir 30,000 pengikut di Shopee dan rating cemerlang 4.9 bintang, jenama ini berusaha untuk sentiasa berkembang maju dan kekal relevan dengan pengkalan pelanggan mereka yang semakin berkembang.


Mar 28, 2024

Shopee Kekal Terunggul di Malaysia Pada 2024 dengan Fokus Terhadap Gen-Z

9:15 PM 1
Shopee Kekal Terunggul di Malaysia Pada 2024 dengan Fokus Terhadap Gen-Z

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Penghantaran yang lebih Pantas, Chatbot AI Dipertingkatkan, dan Khidmat Pelanggan Industri Terbaik




Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, memperkuatkan pelaburan operasi dan logistik di Malaysia dalam platform ini mengekalkan posisi pasaran #1 dari segi purata pengguna aktif bulanan dan masa yang diluangkan dalam aplikasi. Kajian yang dilakukan oleh Kantar dan Shopee mendedahkan baru-baru ini, 70% pembeli platform dari seluruh Asia Tenggara adalah berumur 32 tahun dan bawah (Generasi Z), meluangkan masa dalam app secara 30 minit setiap hari*.

 

Sepanjang 2023, Shopee meningkatkan kebolehan asasnya dalam mencipta pengalaman yang lancar dan selamat terhadap pembeli yang celik digital ini.  Ini termasuk membekalkan rakyat Malaysia dengan pilihan penghantaran yang lebih pantas dan lebih fleksibel, seperti Penghantaran Hari Berikut (Next Day Delivery), Penghantaran Pantas (Instant Delivery), dan tambah Shopee Collection Point untuk pengambilan sendiri (self-collection).


Pengguna Malaysia yang membeli atau menjual di aplikasi menghubungi pasukan khidmat pelanggan Shopee 9.5juta kali untuk bertanya soalan pada 2023 -- setiap kes ini diselesaikan dalam masa 30 saat dengan 98% kejayaan -- dan dengan kadar kepuasan khidmat pelanggan sebanyak 80%, tertinggi dalam industri.

Titik permulaan hubungan buat rakyat Malaysia adalah kepada AI chatbot Shopee, atau lebih dikenali sebagai Sophie (maskot syarikat). Program neurolinguistik Shopee telah dipertingkatkan untuk membantu pengguna di setiap proses dengan mengenalpasti niat relevan, menjangkakan soalan yang akan ditanya berdasarkan interaksi pengguna yang lalu, dan membekalkan penyelesaian berdasarkan buku panduan pengurusan yang telah dilokalkan. Pada 2023, purata penutup kejayaan Sophie meningkat dua kali ganda, di mana Sophie menyelesaikan 80% kes daripada 18 juta pertanyaan sebelum dihantar ke agen khidmat pelanggan.


Shopee mengoptimumkan jumlah agen khidmat pelanggan yang ada, dan menambah baik proses, latihan, dan insentif mereka supaya penyelesaian menyeluruh untuk setiap kes dapat dijalankan kurang daripada sehari dan kadar pengguguran kes adalah pada tahap kosong pada akhir tahun 2023, walaupun menerima jumlah soalan yang banyak.

 

Tambahan, agen khidmat pelanggan Shopee, adalah antara yang menerima jumlah insentif bulanan terbaik dalam pasaran untuk prestasi bagus. Mereka juga dilengkapi dengan SOP Assistant Tool yang memperkasakan agen untuk menyelesaikan lebih banyak kes berdasarkan maklumat dalaman yang menjadikan mereka pakar dalam membuat keputusan menggunakan data CRM dalam platform.



Pasukan Khidmat Pelanggan Shopee Meraikan Kadar Kepuasan Pelanggan

Pasukan khidmat pelanggan Shopee sering menerima maklum balas peribadi seperti “Respons yang sangat pantas. Terima kasih. Saya lebih suka Shopee [berbanding pesaing], disebabkan proses pemulangan wang yang mudah. Terima kasih Shopee ❤️” dan “Saya menghargai kerja keras anda! Khidmat pelanggan berusaha untuk memberikan respons pantas dan efisien. Terima kasih kerana mengambil peduli terhadap masalah saya.”


“Pengguna boleh menggunakan tempoh Shopee Guarantee secara bijak untuk jejak status penghantaran mereka dan memeriksa sama ada produk yang dihantar memenuhi keperluan mereka. Sekiranya pengguna tidak boleh menggunakan Seller Chat untuk menyelesaikan isu secara langsung dengan penjual, mereka boleh menghubungi agen khidmat pelanggan Shopee. Pengguna juga boleh melaporkan produk menggunakan ciri Menu untuk penjual di bahagian kanan setiap produk yang disenaraikan untuk mengekalkan keselamatan komuniti, kerana Shopee amat mementingkan standard tinggi setiap penjual dalam menjual secara bertanggungjawab,” jelas Sern-Li Lim, Ketua Operasi Shopee Malaysia.

 

Pada 2024, Shopee berterusan untuk meningkatkan kebolehan ekosistem logistik untuk menyokong penghantaran lebih pantas buat pelanggan. Rakan logistik Shopee, SPX telah mengembangkan fasiliti gudang dan akan beroperasi tujuh hari seminggu. Shopee juga bekerjasama rapat dengan jenama, penjual, dan rakan perniagaan supaya usaha untuk menghantar 95% pesanan dapat dijalankan pada hari yang sama.


Tambahan lagi, Shopee telah menerajui polisi pemulangan komprehensif dan mudah untuk membawakan keyakinan kepada jutaan rakyat Malaysia apabila mereka mahu mendapatkan produk yang diingini, termasuk barangan bernilai tinggi yang mereka tidak boleh sentuh atau periksa ketika membeli dalam talian. Pertama, dengan meningkatkan proses Pemulangan dan Pengembalian Wang supaya proses adalah lebih senang dan singkat, melengkapkannya dalam masa dua setengah hari (berbanding kebiasaan sektor industri peruncitan iaitu tujuh hari), dengan dua kali ganda pilihan titik drop-off dan doorstep pick-up. Kedua, dengan mengembangkan ciri polisi pemulangan percuma, tanpa soal bermula 19 Mac 2024 untuk lebih banyak produk, membawakan fleksibiliti tambahan sepanjang proses membeli-belah dalam tempoh 15 hari Shopee Guarantee.

 

Kajian #ShopSafeWithShopee terhadap 1,000 pembeli berumur 18 tahun dan ke atas mendapati sembilan daripada sepuluh menggunakan ciri platform seperti demo Shopee Live, chat penjual, Shopee Mall's Authentic Deals, dan Shopee Guarantee untuk memastikan transaksi pembelian dalam talian yang selamat

Ulasan Buku - Squad Relik Pandora Tamadun Mesir Purba by Angel_K20

8:05 AM 1
Ulasan Buku - Squad Relik Pandora Tamadun Mesir Purba by Angel_K20

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Tajuk: Squad Relik Pandora Tamadun Mesir Purba 

Penulis: @_angel_k20 

Penerbit: @bukubookiut 


"Kami special dari sudut apa? "

"Suka bertindak tak ikut arahan. Puas hati?" -Prof Helt 


Makmal (Bahagian Selatan) Jabatan Zentrix telah dibom oleh pasukan Mixzof sekaligus menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. Tambahan pula bila mengetahui satu relik dari Tamadun Indus berjaya dicuri oleh geng Mixzof. 

Kemudian, Mixzof & pasukannya terus ke Tamadun Mesir Purba untuk mendapatkan peta. 


Disebabkan itulah, Zentrical Z5 digesa untuk ke Tamadun Mesir Purba secepat mungkin untuk mencari kotak pandora & kunci khas milik Firaun Khuman. Misi ini bakal diketuai oleh Frezay. Apa yang terjadi seterusnya? Berjayakah mereka untuk misi kali ini? Dapatkah mereka mendahului Mixzof ? 


Suprisingly, selepas mengikuti kedua-dua siri sebelum ini. Saya boleh cakap semakin lama semakin menarik pengembaraan Zentrical Z5. Tapi kali ni rasa macam lagi best sebab mengingatkan kita dengan movie The Mummy. Especially bila penulis ceritakan secara details suasana di dalam piramid, kemunculan serangga purba & banyak lagi menambahkan keterujaan dalam hati. Tiba-tiba rasa macam nak offer diri nak join team Zentrical Z5. 


Plot twist yang tak disangka-sangka di akhir cerita. ✔️

Fast paced & Page Turner ✔️

Enjoyable ✔️ 

Penuh pengisian ✔️ 


Ada beberapa persoalan dari buku sebelum ini terjawab dalam buku kali ini. Jadi, rasa lebih puas hati sebab tak payah stress tertanya-tanya sendirian. Misi yang diketui oleh Frezay saya kira berjaya 🙌🏻 Kalau dilihat dari ketiga-tiga buku. Karakter setiap seorang dari mereka yang sangat kontra melengkapi each other. Tak semestinya kena pilih satu kepala dengan kita. Kadang yang berlainan jauh lebih best untuk bekerjasama (depends). 


Nak request satu benda je. Boleh tak nak buku seterusnya? hshs.

Mar 24, 2024

Ulasan Buku - Squad Relik Kompas Tamadun Huang He by Angel_K20

9:58 PM 0
Ulasan Buku - Squad Relik Kompas Tamadun Huang He by Angel_K20

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"..misi kamu sebenarnya ke Tamadun Huang He adalah untuk mencari relik gangsa berbentuk kepala haiwan.."

Selepas Tamadun Mesapotamia, misi pasukan lain dan juga Zentrical Z5 diteruskan lagi ke tamadun seterusnya. Kali ini, mereka perlu membawa pulang relik gangsa arnab & kucing serta misi khas iaitu kompas pertama yang dicipta oleh artisan pada Zaman Dinasti Zhou. Setibanya mereka di sana. Banyak kejadian yang diluar jangkaan mereka berempat. Apa yang berlaku seterusnya?

Secara peribadi, saya lebih suka jalan cerita buku kedua dari yang pertama.✨ Kalau yang pertama mungkin penulis baru nak warm up. Yang kedua ini, lebih banyak aksi dan nampak banyak perkembangan jalan cerita. Dari segi karakter juga mula nampak setiap karakter mula menunjukkan taring mereka. DAN -
Saya suka macam mana penulis membawa pembaca dari satu daerah ke daerah yang lain di Tamadun Huang He.

Harga: RM 10(SM) /RM 12(SS)

Mukasurat: 150 m/s


Satu pengembaraan yang berliku tetapi dengan kehebatan Zentrical Z5. Pengembaraan tersebut menyeronokkan. Tambahan pula dengan ilmu yang diselitkan penulis. Membaca sambil belajar betul. Si tua ni terus dapat refresh balik sejarah lama.

Kalau sebelum ini, nampak Kai macam memonopoli cerita. Kalini, lagi ekstra dia menonjol 🙌🏻 Paling suka bila Kai secara spontan menyamar jadi putera raja. Mementang la ada muka 'chinese look'. Hshs. Mujurlah, mereka semua tidak menunjukkan perasaan takut. Kalau tak mesti kantoi. Oh ya? Kenapa Kai kena menyamar?
Keadaan memaksa Kai dan yang lain untuk bertindak pantas demi menghentikan pertelingkahan yang mungkin akan adanya tragedi pertumpahan darah. Tapi saya tak puas hati la pasal Pembesar Meng. Just like that? Argh. I want more.

Bijak-bijak belaka la budak-budak ni. Semua ada skill tersendiri. And yang paling penting semangat setiakawan mereka tu. Tak pernah tinggalkan antara satu sama lain. Hadap musuh bersama-sama.

Terimakasih buat @bukubookiut untuk naskah ini & to @_angel_k20 , Fly High dear. Jom ke Tamadun Mesir Purba pula. Let's go.