Oct 24, 2017

Bagus ke Cream Makeup Concealer Palette from Sinma- Lazada?

1:55 AM 3 Comments


Assalamualaikum & Hi ❤️
Lately ni, ika lebih suka beli online. Mungkin sebab, ika rasa senang dgn cara mcmtu. Tak payah susah susah nak ke sana sini semata mata nak beli barang yang ika nak. Lagipun, sejak dah start Intern. Ika banyak habiskan masa dekat ofis, lepastu terus balik rumah lepas habis kerja. Kalau hujung minggu pulak, jarang untuk ika keluar jalan. 

Entry ni, personal opinion dari ika sendiri. Apa apa yang ika tulis,semua berdasarkan apa hasil yang ika telah pakai & guna. Actually, ika nak review satu barang yang ika beli dari Lazada beberapa bulan lalu. Honestly speaking, ika bukan makeup lover punya perempuan. Saja nak try pakai sebab selalu sgt nampak org pakai. Curiousity is killing me inside. So, ika decide untuk beli satu. Sebab during that time, so cheap. 

Sinma 15 Colour Face Cream Makeup Concealer Palette Foundation with Powder Brush Set. 

REVIEW: 

SERVICE
Ika suka Lazada sebab setiap kali hantar barang ika order, selalu sampai dalam keadaan yang sangat baik dan elok. I'm not sure about anyone else. Tapi, dieorang hantar dekat ika sangat bagus. Ika puji service dieorang. Tiptop. Ika selalu pilih COD. sebab ika lebih suka dengan cara mcmni. Don't worry. sebab selalunya dieorang akan wrap barang yang diorder dgn bubble wrapping. So, barang akan selamat sampai.  Ika dapat barang pun awal dari tarikh yang dieorang kasi. ๐Ÿ˜Š

PRODUCT
Honestly, kalau nak di rate pakai star. Ika akan kasi 1 star only. Sebab, bagi ika. Tak sesuai dengan kulit ika. Ika rasa maybe dia sesuai untuk sesetengah org, but not for me. Memandangkan dia jenis cream, so ianya sangat la oily. Kalau berpeluh tu, tak mahu la cerita. Teruk sangat effectnya haha. Melekit. 

Ika tak la reti mengshape kan muka guna ni. Sebab bukan ada teknik & skill yang betul pun. Tapi, dah banyak kali cuba but still rasa cam something wrong somewhere. Ika hanya suka brush yang dieorang kasi sahaja sebab lembut. Haha. Baik beli berus. 
Abit dissapointed jugak sebab baca review ada yang kata okay. Okay, jangan percaya review org. kerna haha macam biasa muka kita semua penerimaan dia lain lain. 

Beli sekadar untuk try and error. Tak salah pun mencuba, nanti tak payah susah beli sebab dah tahu, memang tak sesuai utk kita. 

SIZE
For the size. Ika suka sebab dia macam sedang sedang. Besar tapak tangan je. Ikut jugak la size tangan org tu camna. Haha. Kalau ika besar. Palette dari Sinma agaknya mmg warna hitam rasanya. 

BRUSH 
Beli this palette, you gais akan dapat free one brush. Ika suka brush ni mcm yang ika dah cakap tadi. Sebab lembut and bila kita nak apply cream ni dekat muka. Brush ni sangat membantu. Sebab dia jenis fat brush haha ikut suka hati je kasi nama. Ika rasa bila pegang tu rasa senang and puas. 






Overall, ika rasa. Ika tak la recommend sangat this palette. But if you guys nak try. Beli la dekat Lazda, sebab murah. Compare dari nak beli dekat luar, agak mahal. 

Till then gais, see you in next entry. InsyaAllah ❤️

Oct 15, 2017

Learn from Mistake - Entry 2011

5:00 PM 22 Comments

Assalamualaikum reader :) Hi again. 



Okay, ika sendiri taktahu kenapa nowdays rasa mcm nak selalu update blog. Puas jugak fikir nak update and cerita pasal apa. One of my friend suggest to share my personal life. But me personally prefer to share more about books. Haha. But today, ika mcm would like to share something yang maybe dah basi. Oh no, bukan basi. Memang dah terlampau basi sangat dah. Ika patut lupakan je all this thing actually. 
Korang tahu? Ika start menulis dalam blog since high school. Masa tu, ika just buat a random entry about my personal life. Basically, ika boleh anggap yang majoriti dalam blog adalah pasal hal sekolah and rasa ketidakpuasan hati. 
During that time, ika menulis just for fun. and tak pernah pun rasa yang akan ada org follow and baca. Ika mula simply simply tulis apa saja yang ika rasa. without berfikir sangat masa tu. 




Dulu, ika pernah buat entry pasal Orang Jawa. Ika dah ingat ingat lupa dah. Memang kena kecam teruk dekat shoutbox. Semua anon yang dtg kat dlm blog tulis mcm mcm. Lepastu, ika mental breakdown kejap. Then, ika rasa mcm ika ada buat salah lagi dlm blog ni. Ika share pasal someone. Menyesal bila fikir balik. Haha. Sebab rasa mcm tak patut pun share. Masa tu, bila semua mula tulis yang bukan bukan. Ika rasa mcm dieorang mengaibkan ika dengan fitnah yang dieorg buat. 
Gambar bawah ni sebenarnya tahun 2011. Masa tu, ika baru belasan tahun. Tapi as you can see, memang kita tak boleh nak halang org nak kata apa pasal kita. So, ika pernah la rasa mcm pressure sikit bila fikir pasal blog. Haha. 

Ada banyak je actually yang ika dah screenshot, cuma ika tak ingat ika letak dekat mana semua gambar tu. Bagi ika, ika take it postive je la. Sebabnya kalau dieorang ni semua tak cakap mcm ni, ika maybe sampai sekarang akan tulis benda yang annoying, jelek, and hodoh. Haha. Hangpa mesti meluat dengan aku sampai hangpa muntah. 








Special thanks to anon anon yang datang singgah baca blog ika dulu, Korang mematangkan cara ika menulis and buat ika berfikir banyak sebelum nak up apa apa entry. Haha. Harap lepasni, tak ada la anon yang menjatuhkan. Nak anon yang menaikkan semangat and bagi sokongan :) 

Satu tips penting ika untuk sesiapa ya baru nak blogging. Jaga sensitiviti org lain, and isu isu yang kita nak cakap. Sometimes, bagi kita okay je. Tapi org lain baca, Org tu jadi terasa and tak gemar. Itu la kena bash tu haha. What a sad life la. 

And actually, ini entry yang ika simpan dalam draft. Tapi ika edit balik tahun ni. Maigad entry 2011 weh. Ni dah tahun 2017. So, till then, If you guys ada benda nak share. Boleh drop comment. hee. 







Mall Karangkraf, #mycybersale.

12:00 AM 12 Comments

Assalamualaikum readers :) 
So harini, Ika nak share sikit pasal apa yang ika dah beli masa #mycybersale minggu lepas. Ika tahu kalau masa cybersale je mesti akan ada buku murah murah. So, ika hold kejap beli buku bulan ni. Bukan sebab kedekut nak spent duit untuk beli buku bila takda any sale ke apa. Tapi, sebenarnya, ika lebih suka kalau sekali dapat beli tu, banyak. So, bila ada pesta buku atau apa apa sale dekat website, mcm berbaloi untuk ika spent. 
so, ika beli buku dekat Mall Karangkraf
Okay, satu benda yang korang taktahu is ika memang pembeli tegar buku dari Karangkraf. Selalu pergi pesta buku yang dieorang buat :) Syurga buku sangat kalau pergi pesta buku. Rasa taknak balik pun ya. Boleh duduk situ pusing tiga empat kali untuk puaskan hati sendiri. Selalunya kalau nak ke pesta buku, ika angkut cousin dengan adik bongsu untuk mereka angkutkan buku ika haha. 
Bawak dua org budak ni senang. sebab jenis tak merungut nak balik and ngikut je belakang ika setiap kali ika tengok buku. That's why i love both of you guys. 


So, last few days. Ika beli 7 buku dekat website ni. Sebenarnya, ika aim Tombiruo. Tapi, rasa ,mcm bila tengok Tombiruo ada jual dalam set. Ika mcm terus nak aim yang itu. Hope boleh dapat nanti. InsyaAllah. Orang lain dah kemana hala dah dengan Tombiruo, ika baru nak baca. Bukannya tak pernah tengok buku nya. Tapi mcm lately ni, nak sangat buku RAM. haha. 
Ika tengok bajet jugak kalau nak membeli.  If tak boleh nak beli buku yang ika nak, still jugak ika akn hold sampai ika dapat. So, sebab nak beli buku RAM pun tak boleh,Novel seram pun tak boleh. So, ika saja usha bahagian buku RM 1-10. Sebab ika jenis tak kisah baca buku apa sekalipun dan tahun bila pun as long as, ianya buku. Haha. 7 buku yang ika beli is: 

1.Dia Tak Tanya : Aleya Aneesa (RM 5)
2. Terus Cinta Aku: Aleya Aneesa (RM 5)
3. Saya Tetap Nak Awak (RM 1)
4. Cinta Hatiku: Pitteriah Abdullah (RM 1)
5. Aku Bukan Bola (RM 1)
6. Belajar Memasak Langkah Demi Langkah (RM 1)
7. Wanita Yang Dirindui Syurga (RM 1)




Ika memang dah lama aim buku Aleya Aneesa. Sebab kalau pergi bookstore. If belek buku, sometimes mcm ini personal problem ika la. Ika tgk je harga buku tu. Ika akan mcm letak balik. Kalau cm dah sampai overlimit harga yang ika nak beli. Honestly, ika rasa novel sekarang mcm agak mahal sikit berbanding dlu. Tapi, ika faham la kalau nak difikirkan dengan macam mcm punya kos utk hasilkan buku apa semua. One of the reason jugak kenapa ika tunggu sale :') Ika tau Aleya Aneesa punya novel best. Thats why ika tak was was nak beli and lagipun sebab it just RM 5 per book. So cheap. And ika happy gila masa check list book dekat Mall Karangkraf, harga buku dia mcm jatuh murah cmni. Sis boleh jatuh pengsan terus haha. 


Ika beli buku hari Khamis. Jumaat pagi tu, ika email dekat dieorang tanya pasal berapa hari utk ika dpatkan buku ika. Ika tak guna Pos Laju. Ika guna KTMD. So, dieorang kata yang ika akan receive around 7 or 14 days. Ika haha memang tak sabar gila nak dapat semua buku ni. Tapi, guess what? Petang tu, org yang hantar buku ika ni call. Haha. Maigad, cepat gila servis dieorang. Like totally cepat. :) Ika puas hati dengan servis dari Karangkraf and also KTMD. and, if kita nak tanya apa apa dekat Karangkraf pun. dieorang respon cepat sangat. So, good job for you guys. 

Oh,before that. Postage RM10 for KTMD
Nanti, ika akan review buku buku ini dan yan lain untuk next entry. Siapa yang ada minat yang sama dengan ika, may drop your comment to share what is your fav book. Sebab for next entry InsyaAllah ika akn come out with review buku buku yang ika dah baca. 


Till then reader. Jumpa lagi :)