Oct 24, 2017

# Product

Bagus ke Cream Makeup Concealer Palette from Sinma- Lazada?



Assalamualaikum & Hi ❤️
Lately ni, ika lebih suka beli online. Mungkin sebab, ika rasa senang dgn cara mcmtu. Tak payah susah susah nak ke sana sini semata mata nak beli barang yang ika nak. Lagipun, sejak dah start Intern. Ika banyak habiskan masa dekat ofis, lepastu terus balik rumah lepas habis kerja. Kalau hujung minggu pulak, jarang untuk ika keluar jalan. 

Entry ni, personal opinion dari ika sendiri. Apa apa yang ika tulis,semua berdasarkan apa hasil yang ika telah pakai & guna. Actually, ika nak review satu barang yang ika beli dari Lazada beberapa bulan lalu. Honestly speaking, ika bukan makeup lover punya perempuan. Saja nak try pakai sebab selalu sgt nampak org pakai. Curiousity is killing me inside. So, ika decide untuk beli satu. Sebab during that time, so cheap. 

Sinma 15 Colour Face Cream Makeup Concealer Palette Foundation with Powder Brush Set. 

REVIEW: 

SERVICE
Ika suka Lazada sebab setiap kali hantar barang ika order, selalu sampai dalam keadaan yang sangat baik dan elok. I'm not sure about anyone else. Tapi, dieorang hantar dekat ika sangat bagus. Ika puji service dieorang. Tiptop. Ika selalu pilih COD. sebab ika lebih suka dengan cara mcmni. Don't worry. sebab selalunya dieorang akan wrap barang yang diorder dgn bubble wrapping. So, barang akan selamat sampai.  Ika dapat barang pun awal dari tarikh yang dieorang kasi. 😊

PRODUCT
Honestly, kalau nak di rate pakai star. Ika akan kasi 1 star only. Sebab, bagi ika. Tak sesuai dengan kulit ika. Ika rasa maybe dia sesuai untuk sesetengah org, but not for me. Memandangkan dia jenis cream, so ianya sangat la oily. Kalau berpeluh tu, tak mahu la cerita. Teruk sangat effectnya haha. Melekit. 

Ika tak la reti mengshape kan muka guna ni. Sebab bukan ada teknik & skill yang betul pun. Tapi, dah banyak kali cuba but still rasa cam something wrong somewhere. Ika hanya suka brush yang dieorang kasi sahaja sebab lembut. Haha. Baik beli berus. 
Abit dissapointed jugak sebab baca review ada yang kata okay. Okay, jangan percaya review org. kerna haha macam biasa muka kita semua penerimaan dia lain lain. 

Beli sekadar untuk try and error. Tak salah pun mencuba, nanti tak payah susah beli sebab dah tahu, memang tak sesuai utk kita. 

SIZE
For the size. Ika suka sebab dia macam sedang sedang. Besar tapak tangan je. Ikut jugak la size tangan org tu camna. Haha. Kalau ika besar. Palette dari Sinma agaknya mmg warna hitam rasanya. 

BRUSH 
Beli this palette, you gais akan dapat free one brush. Ika suka brush ni mcm yang ika dah cakap tadi. Sebab lembut and bila kita nak apply cream ni dekat muka. Brush ni sangat membantu. Sebab dia jenis fat brush haha ikut suka hati je kasi nama. Ika rasa bila pegang tu rasa senang and puas. 






Overall, ika rasa. Ika tak la recommend sangat this palette. But if you guys nak try. Beli la dekat Lazda, sebab murah. Compare dari nak beli dekat luar, agak mahal. 

Till then gais, see you in next entry. InsyaAllah ❤️

2 comments:

  1. Barang Lazada mmg variasi dan harga sangat berpatutan. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu GV :) Memang sangat berpatutan.

      Delete