Nov 6, 2017

Shopping Buku lagi? Pesta Buku Karangkraf 2017 πŸ““




Assalamualaikum & Hi readers πŸ™‹
Last week, ika pergi Pesta Karangkraf dekat Shah Alam. Memang tak boleh lepas pergi tempat fav ika ni sebab buku semua murah murah. And yes, haritu ika baru je beli buku masa dekat Mycybersale, tapi macam nak tambah stok buku dekat rak. So, ika pergi la sana dengan kawan ika. 
Sampai sana, memang kali ni lain sikit sebab dieorang buku dekat tempat beraircond. Actually before this , buat mcm dalam khemah je. So, a bit hot la for us utk shopping buku. Tapi ada je kipas, cuma macam bila dah ramai org, jadi panas sikit. 

Ika eksited gila sampai sana sebab buku yang takda lagi dalam rak semua murah murah. Rasa nak menangis okay. Haha over. 

1. Soalan Bocor dari Kubur - RM 1 
2. Aduhai Suami - RM 3 
3. Aduhai Isteri - RM 3 
4. Bikin Sama Dia - RM 3 
5.Ada Aku Kisah - RM 3 
6. Oh Dia Rupanya - RM 3 
7. Kala Cinta Menggoda - RM 3 
8.Awek Buku & Cornflakes Madu - RM 3



Sekarang, ika tengah baca buku Aduhai Suami dari Muhamad Mat Yakim. Well, sangat berbaloi gais nak beli buku motivasi sebab murah. Kat luar, agak mahal. Kita mesti la nak tukar arah jugak kan sometimes, takkan la nak baca novel je. Buku ni macam short story. Tapi ada pengisiannya untuk setiap cerita walaupun pendek. Jujurnya, ika macam tak puas. Tapi sebab dia ada banyak topik. So, macam okay,Boleh diterima. Berdekah jugak malam malam bila baca. Bukannya apa, sis mudah terhibur. Haha. 

Page: 344 m/s
Kategori: Umum 
Keluaran: 2014


"JANGAN BERANGAN BERSUAMIKAN BRAD PITT KALAU DIRI SENDIRI TIDAK SEPERTI ANGELINA JOLIE"

kahkah, deep deep so deep. Damn πŸ˜…

Masa beli ni, dalam hati macam rasa. Kan best kalau penulis keluarkan buku untuk isteri jugak. Alih alih, bila kiteorang pusing sekali lagi sebelum balik. Terjumpa buku Aduhai Isteri. Memang rezeki betul haritu. Tau tau je kita dok mencari partner buku ni. Hee. 

Thankyou Karangkraf sebab selalu jual buku murah murah dari dulu sampai sekarang. One of my fav pesta buku dekat Malaysia.  Maka, bulan ni Ika kena puasa dari beli buku sebab macam dah terover sangat beli buku. And mcm dah melampau lampau. Abah ika pandang je perbuatan anak dia yg over ni. Haha. 
Till then reader, jumpa lagi. InsyaAllah. 


No comments:

Post a Comment