Nov 7, 2017

Team Building, Melaka. 🛣




Assalamualaikum readers. I'm back again.🙋
Lately ni rajin update blog. sebab dekat opis wifi laju berdesup macam kuda. 
Actually, ni entry lama dah simpan dalam draft. 2 sem lepas punya cerita. But i would like to put here as one of my moment la with my groupmates. 
Kiteorang sebenarnya kena involve dlm team building dekat Melaka as a part of the GSM's assignment. So, ika dalam group C. Kiteorang bertolak lambat sikit dari group lain. Nak dekat petang jugak bertolak. Group A & B gerak pagi. Lupa la sebab apa depa gerak awal. Huhu. 

And kiteorang actually berkonvoi ke sana and tumpang la kereta sesiapa yang bawak kereta. Before semua ni, leader of tb memang dh check betul betul each of us punya transportation. Bukannya ap karang ada jugak yang tertinggal dekat kolej hehe. 
Dalam tb ni, every group kena bawak la bekalan makanan sendiri. 

Beg kemain besar mcm nak pergi overseas haha. 
Sehari sebelum nak pergi tu, masing masing kecoh dalam ws group. Tanya dah prepare ke barang, bawak apa je, berapa beg. Haha. Perempuan mmg camni eh? Dia mcm ada sifat mcm semua benda nak tanya, nak tahu, and nak kalau boleh mengemas, nak bawak semua benda dalam almari. Haha. jangan taktahu, yang pasti mesti ada siap berluggage dgn jayanya. Haha.   Okay, back to story. 

MSU- RNR Dengkil-Vila D Faro
Vila D Faro, Agoda

Dalam pukul 7 macamtu, baru kiteorang semua group C sampai dekat Vila D Faro. Serius penat. Haha. Macam rushing pun ya. Ika boleh cakap, tempat kiteorang sewa sangat la selesa and besar. Kemudahan semua ada. And ika paling suka bhg ruang tamu, sebab syiling dia tinggi. HAHA. And bawah ni semua, gambar sekitar rumah. And yes, ada swimming pool. Oh, btw. Rumah laki and perempuan asing. Dieorang join sekali dgn bdk laki group A & B. 
Memang group budak perempuan tido by group. Haha. Tak pasti kenapa, tapi main reason nya is sebab kelompok budak perempuan lagi ramai la. 
Aktiviti kiteorang semua berasingan by group jugak. Sir Khairul akan datang dekat rumah group mana mna yang dia suka. Haha. 




Yang pasti, setiap group ada peluang untuk masak. Group ika, group 1st kena masak untuk makan pagi esoknya. Sebab kalah dalam game malam kiteorang sampai. Kiteorang ada ice breaking session. Tapi, haha memandangkan dah kalah, kena la bangun awal pagi. Menu yang kiteorang kena masak is, bihun goreng, teh panas and tak sure apa lagi, Haha. Nasib baik habis licin depa makan. Katanya sedap. Alhamdullillah. Hasil air tangan semua org. Haha. 
So, akan ada group yang basuh ayam, masak sarapan, tengahhari, malam. 
Kira mcm sapa yang tak kena masak tu, boleh la menyantaikan diri. 

Antara aktiviti kat sana is : 

Ice Breaking
Cooking
Water Activity
Zumba
Explorace
Futsal (P) & Tarik Tali (L)
BBQ
Group Activity
Solat Jemaah.






Ika rasa, kalau korang tengok video yang kawan ika buat. Dah boleh ceritakan aktiviti kiteorang. Macam full aktiviti dekat sana. Memang sangat enjoy walaupun penat. Tapi satu pengalaman yang sangat berbaloi untuk kiteorang. Sebab ni memang satu subject yang totally dr kiteorang punya soft skill and skill yang lain.  Enjoy the video. Besarkan tau kalau tak nampak sangat. Rasanya memang kena besarkan. haha. 
Such a great experience & moment. Thankyou Sir Khairul for the opportunity. ❤️️


2 comments:

  1. bestnya! cantik rumah tu, ada swimming pool lagi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik.Swimming pool tu mmg salah satu tarikan :)

      Delete