Dec 3, 2017

BOOK REVIEW - Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1


  Assalamualaikum readers sekalian ✋๐Ÿป
Selamat berMonday Blues di pejabat. HAHA. Memang mcmni eh perasaan malas hari Isnin? Malas sangat rasanya ni. Nasib baik tak drag mood nak berblogging. Dalam kemalasan tu, masih ada jua kerajinan sedikit. 
Harini, ika nak share pasal Kisah Malam Jumaat Vol 1. Kenapa Vol 1? Sebab ya pasti dia ada Vol 2. Okay, mesti ramai macam pelik. Kenapa agaknya Buku Prima keluarkan a lot of books yang bermacam macam kaler. 
As I know that, actually yang ini sebab special collabration antara penulis penulis Seramlicious.
So, dia come out with the idea of red colour of cover book yang memang aumm sangat. 




                                                                 SINOPSIS                                                                  

"SYAITAN DALAM KEPALA AKU SURUH AKU TOLAK MUHAMMAD"
SYAITAN - A DARWISY

"ZAHIR BENDA YANG KITA NAMPAK. BATIN BENDA YANG KITA TAK NAMPAK. MACAM JIN, HANTU DAN SYAITAN"
RAYA - NAIM TAMDJIS 

"BILA MANCIS DIGORES, YANG GANJIL ADALAH AKU"
MANCIS -SUFI ABQARI

"AKU DAN TUNAIKAN PERMINTAANMU, AMBILAH DARAHKU"
POTRET LAMA- FAZRIN FAUZI

PRICE: RM 20
PUBLSIHER: BUKU PRIMA 
PAGE: 170
YEAR: 2017

                                                                    MY REVIEW                                                                 



First of all, ika nak komen pasal cover buku dia. Ika rasa depa berjaya curi perhatian pembaca dengan warna merah ang ang. Pasai dari jauh org dah boleh nampak dah aih buku ni. HAHA. And yang Vol 1 dia belanja punggung. Nanti, Vol 2 dia akan kasi kepala pulak. Bila gabung dua buku ni dpat satu gambar serigala? HAHA. Serigala kan?

Sejujurnya semuanya okay. Ika kasi komen utk overall ya. 
Memandangkan, ianya short stories. Ada 4 cerita dalam satu novel. So, cerita yang disampaikan pun sampai ke pembaca dengan ending yang baik dan jalan cerita yang bagus. Pengisian dan pengajaran pun kita boleh dapat dalam buku ni. 

Semua cerita dalam ni ika suka. Menarik. Dan lain dari yang lain. Tapi, dari 4 cerita yang paling ika suka is Syaitan dari ADarwisy. Sebab ada plot twist dekat nak hujung hujung cerita. Walaupun, ada rasa mcm cerita yang penulis bawa kali ni lebih berat sedikit. Tapi, ika salute sebab cerita tu sampai and terasa meremang okey baca. 
Phew.  
Sifat hasad dengki terhadap kawan sendiri sampaikan sanggup buat sesuatu yang diluar kotak fikiran kita. Menyampah dengan watak Bahyah tu. Mengantar sihir pemisah jodoh semata mata utk kepuasan diri sendiri. Eii geram ! 

Raya: Naim Tamdjis sekali lagi berjaya menulis cerita horror comedy. Sebelum ni dia pernah menulis Roh Rumah Sewa yang ada unsur kelakar jugak. Well, penulis berjaya add on satu lagi perasaan iaitu kelakor dalam seram. Cerita yang simple dan tak terlalu sarat dan mudah dihadam. 

Mancis: Ika sebenarnya before this pernah baca cerita pasal budak mancis ni. Tapi tak sure dekat mana. So, cerita yang disampaikan oleh penulis sedikit sebanyak bagi ika flashback balik cerita yang ika pernah dengar sebelum ni. Tapi, seram jugak bila baca. HAHA. 

Potret Lama: Bagi ika, jalan cerita ni okay. Ini kali pertama baca cerita dari penulis. So, bagi ika. Not bad. Boleh diterima. 



Honestly speaking. Ika recommended buku ni utk korang yang suka baca cerita seram.
⭐️⭐️⭐️⭐️
Good job utk semua penulis. Teruskan berkarya. Fighting!


Dec 1, 2017

Food Festival Malaysia & Thailand Shah Alam ๐Ÿด



Hey ✋๐ŸปSalam Jumaat & Salam Maulidur Rasul. 


Harini, semua org cuti, tapi ika kena kerja. Haha. Tak mengapa. Rasakanlah pengalaman kerja yang takda cuti, fefeeling tak dapat cuti nak balik raya. HAHA. 
So, harini opismate ika ngajak ika pergi Food Festival dekat Shah Alam. Oh, ika sendiri taktahu ada food festival.  Dan, em ni jujur cakap. First time pergi food festival. Sebelum ni dengar je, dan tak rasa berminat nak pergi. HEHE. 
Tak sempat nak ambik banyak gambar. Ini pun hasil curi curi. 

FESTIVAL MAKANAN MALAYSIA & THAILAND


Location dia senang je. Belakang giant dan of course bukan la dalam stadium. Dekat dekat dengan stesen bas Seksyen 13, Shah Alam. Nampak ada khemah besar warna putih, nampak booth jual tudung, jeruk & makanan. Ha, situ la dia. 
Serius, ada macam macam sangat sangat banyak gila makanan Malaysia & Thailand. 
Cuma siap sedia duit je. 
Dalam banyak banyak tu, ika tertarik dengan satu kedai yang jual churros, telur puyuh goreng & stick, air besaw. 
Antara makanan yang ada dekat situ is Bakso, Pulut Mangga, Kerabu Maggi, Pau Viral, Nasi Kerabu, Sotong goreng, Somtam, Tomyam, Air Mangga & alot. Alot weh. 
Bukan makanan minuman sahaja. Tapi ada jugak yang jual baju Tshirt RM6, Tudung, Kosmetik, Selipar, Biskut Timbang, Jam, Beg & etc. 
Oh ya , ini kedai yang ika beli churros. Kedai dia hujung sekali belah atas. Betul betul sebelah kedai jual air mangga. 




Harga churros: RM6 (9 Ketul) + Sos. 
Boleh rasa dulu. Lepastu decide nak perisa apa. Bagi ika, yang warna kuning tu sedap. And ika tak pasti itu apa. Butter? Vanilla? HAHA. Lupa nak tanya. Yang penting dia sedap. Choc too mainstream. Sebab dah selalu sangat makan churros dgn choc. Ada jem strawberry, pandan. 
Berbaloi sebab churros dia panjang panjang, panas serta mok. Nampak tak mesin buat churros tu? HAHA. So cool. That's why depa buat sesikit. Nampak cam dah nak habis, buat lagi. Dapat la makan panas panas. 
Packaging dia cute hokey. Semua bekas letak makanan dia semua cute. HAHA. Taktau la mana depa beli. Nak buang pun sayang, tapi kena buang sebab kotor. 

Telur Puyuh : RM 3 
Stick Puyuh: RM 3




Air mangga pulak opismate ika yang beli. Nampak cam terliur jugak. Tapi dah terbeli air lain, so kenot la beli. Hanya mampu tengok saja la opismate minum. HAHA. Kedai ni mcm ika kata, betul betul sebelah kedai churros ni. Special nya ianya mangga float. HAHA. Nampak so piawwwww kaw punya air mangga dia. 


So, ika ada tanya opismate ika sebab ika ada google benda ni tapi cam haha problem pulak internet. Lambat ciput. So, kata opismate ika sampai hari Ahad ni. And also sampai ke malam. 
Selamat menjamu selera, menghabiskan duit, bersantai bersama keluarga dan apa apa sahaja asalkan kau bahagia. AHAHA. 
Maaf, sebab tak cukup info. Sangat mengejut pergi. Tak sempat nak mengoogle. 
Till then gais. Jumpa lagi in next entry. 

Assalamualaikum ๐ŸŒธ