Jan 17, 2018

Blog JJM ada new look? ❤️️

6:23 AM 2 Comments

Assalamualaikum readers. ๐Ÿ™‹
Harini, ika happy sebab macam finally tahun 2018 ni. Ika dapat ubah sikit look blog ika selepas hampir 7 tahun lebih ada blog. Sebab ika tak pernah lansung terfikir nak ubah apa apa. Kalau selama ni, ika just ubah ikut citarasa ika and guna apa saja coding yang ika tahu. 

Tapi, ika memang macam nak sangat at least blog ika nampak lain walaupun sikit lepas tengok blog org lain cantik and ada banyak benda perubahan year by year yang dieorang buat. 
Ika cuba nak bagi se simple yang mungkin template baru ni. 


Ika terus teringat someone yang ika kenal dah lama since 2010 kalau tak silap. Kawan kepada kawan ika. Thankyou Qiela. Sebab buat sangat cepat and ubah apa sahaja yang ika mahu just like that. Tengok secepat tu dia ubah. Ika sangat salute. 
Pandai gila main coding weh. 

So, ika masih nak ada warna pink tu dalam blog ika. And background ika just letak white colour. Tak banyak yang diubah selain, ika tambah ruangan menu tab dekat bahagian atas tu. So that senang korang nak mencari. 

Masih ada lagi yang tak siap. Masih dalam proses tapi ika tak sabar nak up this entry. 
Thanks again Qiela ❤️️

so what do you guys think? is it okay? 
See you guys in my next entry. Hee. 

Jan 16, 2018

Best ke Mello Yello Multi Function Makeup Cosmetic Bag ni?

12:17 AM 11 Comments

Assalamualaikum & Hi again again and again. 
Harini terlebih rajin sikit. So, ika nak review next product yang ika beli dekat Lazada. 
Ika saja buat entry berasingan untuk setiap product yang ika beli guna voucher haritu. Sebab actually, total barang ika beli 6 items. Tapi, ika just received 4 items sahaja sebab lagi 2, out of stock. And ika baru tahu tadi.
So, ika tengah tunggu refund. Hee. 
Back to story. 
PRICE: RM 14.90
SELLER: CRC MALL 


                                      MY REVIEW                                               

Actually, ika beli ni sebab masa tu lagi beberapa hari nak balik kampung. So, ika mencari sesuatu yang senang utk ika letak dlm luggage. Macam barang barang personal. Sebab before this, ika just bawak beg kecik. And bila kecik. Kena bawak banyak beg. 
So, ika rasa benda tu leceh and ika nak solve masalah dunia ika yang satu ni. 
Kalau boleh, ika nak cari sesuatu yang semua benda boleh masuk dalam 1 beg kecik. 

So, masa tengah scroll. Ika terjumpa la this travel beg. Ika sebenarnya terlepas pandang. Ada lagi satu warna cantik. Tapi ika terbeli warna dark blue. 
Ika received bag ni in a good condition. Mula nya ika ingat size dia besar. Tapi sebenarnya dia sedang sedang saja. And ika suka sebab barang ika banyak boleh masuk. 
Settled la satu masalah. HAHA. 
Dia ada 3 compartment which is utk letak brush lipstick. barang barang besar & dekat bhg jaring tu boleh letak ubat and so on. 

Sejenis bag yang senang utk di bawa.  
Tapi, tetap mcam ada sedikit kekurangan which is tempat letak brush dia tu mcm tak syok. Ika cabut tempat letak brush tu. Dia boleh cabut ya gais. So letak la brush dekat compartment yang besar. Setel. 



Korang kalau travel selalunya bawak beg cam ika ke atau main masukkan semua dalam luggage? 

Jumpa in next entry gais. 

Jan 8, 2018

Jan 7, 2018

Jan 4, 2018

Hadiah dari RealSviors ❤️️

12:15 AM 14 Comments

Assalamualaikum. 

Semalam, ika balik dari kerja dalam keadaan yang penat letih seret kaki. Ika nampak satu sampul atas meja dalam bilik ika. Tapi sampul tu dah terbukak. Haha. Biasala. Dekat dalam rumah tu ada lagi yang curious nak tahu apa dalam sampul. HAHA. 
Ika sangat la eksited nak tahu apa dalam sampul. Tulisan dekat sampul pun sangat la lawa. Terus mood jadi happy. 


Rupanya baru la teringat yang ika ada menang giveaway dari RealSviors. Bila tengok dekat belakang sampul ada tulis Comeback Giveaway. 
Serius cantik warna beg ni. Ika suka. Thankyou so much awak. Me love it so much. Nampak very girl girl. ๐Ÿ˜˜
Ika received this with a good condition and thanks again. 


Korang boleh visit her blog 

Salam perkenalan dari ika buat awak. Happy blogging to you too. Happy New Year and May god always bless you.


Jan 2, 2018

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies.

7:29 PM 8 Comments


   Assalamualaikum.
Harini, ika nak join giveaway dari Cik Anies. Ika tertarik sebab ternampak nama tudung Aidijuma. 



Syaratnya simple je: 
1.Follow blog Cik Anies. 
2. Buat entry bertajuk Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies. 
3. Kena tulis cerita yang ada kaitan dengan Limited Edition, Special Edition, Edisi Terhad, atau Edisi Istimewa. 


Ingat lagi, masa pergi Bangkok. Kami ada satu task which is kena cari something yang unique untuk dibawa balik dan buat pameran. Lepas dah pusing satu market dekat sana. Kami jumpa satu minyak urut yang selalu spa gunakan yang berbau sangat rare which is Dork Phud. Kami ambik masa lama nak cari something lain dari yang lain. 
If i'm not mistaken. Dork Phud means white flowers. 
So,kami beli massage oil, salt, and essential oil. Dan repackaging balik. Dan namakan, FURNIN DORK PHUD. 
Our own label. Masa pameran tu, product ni jadi sangat limted edition sebab hanya satu satunya bau yang di bawa balik dari Bangkok and dekat Malaysia jarang sangat ada bau macam ni. 

So, that's all from me :) 

GA ni berlansung dari 29/12 - 7/1 
Jom la join gais. Hee. 

LAZADA : Kecewa dengan 40 Colors Matte Luminous Eyeshadow Palette Cosmetic Makeup Eye Shadow Colorful Popfeel?

7:00 PM 1 Comments

 Assalamualaikum & Hi readers. 
Harini ika nak buat product review yang ika beli dekat Lazada guna voucher yang ika dapat baru baru ni. Sebenarnya, ika beli sebab baca review. Ramai kata bagus dan okay. So, senang cerita. Ika terjebak. Ika terpengaruh. So, ika pun terbeli. Padahal, ika macam was was sangat nak beli. Tapi dalam hati nak cuba. HAHA. 
Di punya simptom dilema tu teruk sangat. 
Ika dah try product ni dalam 2 minggu mcmtu. 

Ika beli 40 Colors Matte Luminous Eyeshadow Palette Cosmetic Makeup Eye Shadow Colorful Popfeel. 
PRICE: Tak tentu. Ikut seller. Tapi ika beli ni dengan harga RM 13.10.
SELLER: AUKEY STORE




 MY REVIEW 

Honestly speaking, ika rasa a bit kecewa. HAHA. Sebab ika rasa colour  eyeshadow ni semua cantik cantik kot. Tapi, kenapa ika kena bazir tenaga untuk tenyeh banyak banyak kali just untuk dapatkan real colour of it. Menyusahkan. 
Bagi ika, semua colour dia very very nice. Earth colour which is very safe la for me untuk pakai ke mana mana. Tapi itu la, sayangnya dia mcm tak keluar sangat warna. 
Tapi, ikut logik akal ika. Setelah muhasabah diri. Bendanya murah. And ika baca review. Maybe some of them sangat puas hati sebab kena dengan citrasa dieorang. 
But not for me. 
Bagi ika, ika tak recommended lansung! HAHA. 
Toksah la beli. Dari makeup sejam jadi dua jam. HAHA. 

Another thing is, pallete dia sebesar tapak tangan ika. Cute. Tapi, confirm cepat habis. And korang tahu tak, budak budak punya water colour yang jenis mcm dalam gambar bawah ni? Eyeshadow ni sama mcm dalam bekas water colour untuk budak budak. 
Macam tak ada beza. Tepuk dahi bila tengok. 

Size ni mcm mini pocket eyeshadow. Sesuai untuk bawak pergi travel. 
Sekali terhempas ni, mau berkecai dengan jayanya haha. Confirm. 





Ika taknak komen service. Memang Lazada bagus dalam penghantaran barang. As you can see above. Dia punya balut dengan wrapping bubble. Membantu banyak untuk jenis produk mudah pecah mcm ni. Seller titik beratkan benda camni. Yang ni, ika salute la. 
But for the product itself. Sorry. ⭐ only. 
Ada sedikit penyesalan. Dan mungkin ini first and last ika cuba. 
Nasib baik, ika bukan la makeup lover. Syukur. Pakai je la eyeshadow yang sedia ada. Tak payah la pakai yang ni. Huhu. 

Ni, personal opinion ika. Ika taktahu orang lain punya opinion macam mana. Sorry again kalau pendapat ika ni menjejaskan apa apa. 

See you in next entry reader. 



Bye 2017 ๐Ÿ‘‹

5:34 PM 4 Comments


 Assalamualaikum semua. 
Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua blogger. 
Semoga semua azam kita untuk tahun tercapai. Amin. 
Memandangkan, ika terlambat 3 hari untuk update new entry sempena tahun 2018 sebab takda internet. So, ni kira entry penutup untuk tahun 2017 la eh? AHAHA
Lambat betul. This will be short entry. Hee. 



Ni ika punya bestnine. Since ramai yang buat benda ni, ika pun tak la ketinggalan sama untuk buat bestnine. Alhamdulillah, tahun 2017 banyak tinggalkan kesan dalam diri ika. Sama ada baik tak baik tu semua ika akan jadikan pengajaran untuk ika tempuh 2018 punya pathway. InsyaAllah. 
Bestnine ni kasi throwback sikit perjalan 2017 ika which is: 

๐ŸŽ“ Graduation PTPL (Diploma)  

Seronok masa konvo sebab dapat bunga banyak banyak. HAHA. Ingat lagi kawan ika cakap. Siapa yang dapat lebih dari satu bunga. Dia hot. KAHKAH. Berdekah bila ingat balik. Ika keluar je dari dewan, family semua hulur bunga. Last last penuh tangan sampai tak nampak muka. 
Balik letak bunga dalam bilik. Bau dia Allah. Wangi sangat. 
InsyaAllah, dapat merasa konvo lagi this year. 

Bangkok's Sightseeing
Friends 
Special thanks to my 4 bestfriends. Cha Wa Tan Tin. Yang selalu ada dengan sis 24 hours dekat kolej. Yang ada masa susah senang. Orang orang yang sis suka share masalah, cerita dan banyak lagi. Depa ni la org org yang sis akan spent time setiap hari dekat kolej.  Thankyou for being my very very bestfriend to me. Me love each of you.๐Ÿ˜˜  
Yaya.
Kenduri Cousin
and also Foods. 

Can't wait to see more in 2018. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum sebelumnya dan memberikan kegembiraan kebahagiaan buat diri ini. Semoga rajin blogging benda benda yang mendatangkan manfaat dan jugak menjadi insan yang berguna buat family, someone special dan org sekeliling. 
Oh ya, semoga lebih extra rajin membaca, kumpul duit, dan buat benda benda yang berfaedah. 

Sedar tak sedar, tinggal lagi 2 bulan lebih je nak habis intern. And i'm done with my degree. Tak sabar nak habis. And nak lambung topi jubah ke udara. Wish me luck gais,


Happy New Year! May the New Year bring to you warmth of love, and a light to guide your path towards a positive destination

See you gais in next entry. Till then. 
XOXO.