Jan 2, 2018

# Product

LAZADA : Kecewa dengan 40 Colors Matte Luminous Eyeshadow Palette Cosmetic Makeup Eye Shadow Colorful Popfeel?


 Assalamualaikum & Hi readers. 
Harini ika nak buat product review yang ika beli dekat Lazada guna voucher yang ika dapat baru baru ni. Sebenarnya, ika beli sebab baca review. Ramai kata bagus dan okay. So, senang cerita. Ika terjebak. Ika terpengaruh. So, ika pun terbeli. Padahal, ika macam was was sangat nak beli. Tapi dalam hati nak cuba. HAHA. 
Di punya simptom dilema tu teruk sangat. 
Ika dah try product ni dalam 2 minggu mcmtu. 

Ika beli 40 Colors Matte Luminous Eyeshadow Palette Cosmetic Makeup Eye Shadow Colorful Popfeel. 
PRICE: Tak tentu. Ikut seller. Tapi ika beli ni dengan harga RM 13.10.
SELLER: AUKEY STORE




 MY REVIEW 

Honestly speaking, ika rasa a bit kecewa. HAHA. Sebab ika rasa colour  eyeshadow ni semua cantik cantik kot. Tapi, kenapa ika kena bazir tenaga untuk tenyeh banyak banyak kali just untuk dapatkan real colour of it. Menyusahkan. 
Bagi ika, semua colour dia very very nice. Earth colour which is very safe la for me untuk pakai ke mana mana. Tapi itu la, sayangnya dia mcm tak keluar sangat warna. 
Tapi, ikut logik akal ika. Setelah muhasabah diri. Bendanya murah. And ika baca review. Maybe some of them sangat puas hati sebab kena dengan citrasa dieorang. 
But not for me. 
Bagi ika, ika tak recommended lansung! HAHA. 
Toksah la beli. Dari makeup sejam jadi dua jam. HAHA. 

Another thing is, pallete dia sebesar tapak tangan ika. Cute. Tapi, confirm cepat habis. And korang tahu tak, budak budak punya water colour yang jenis mcm dalam gambar bawah ni? Eyeshadow ni sama mcm dalam bekas water colour untuk budak budak. 
Macam tak ada beza. Tepuk dahi bila tengok. 

Size ni mcm mini pocket eyeshadow. Sesuai untuk bawak pergi travel. 
Sekali terhempas ni, mau berkecai dengan jayanya haha. Confirm. 





Ika taknak komen service. Memang Lazada bagus dalam penghantaran barang. As you can see above. Dia punya balut dengan wrapping bubble. Membantu banyak untuk jenis produk mudah pecah mcm ni. Seller titik beratkan benda camni. Yang ni, ika salute la. 
But for the product itself. Sorry. ⭐ only. 
Ada sedikit penyesalan. Dan mungkin ini first and last ika cuba. 
Nasib baik, ika bukan la makeup lover. Syukur. Pakai je la eyeshadow yang sedia ada. Tak payah la pakai yang ni. Huhu. 

Ni, personal opinion ika. Ika taktahu orang lain punya opinion macam mana. Sorry again kalau pendapat ika ni menjejaskan apa apa. 

See you in next entry reader. 



1 comment:

  1. alaamak, cikyan ada beli jugak. sama, sebijik mcm ika beli..
    tp tak guna lg. dan tak tgk pon lg sbb hantar kat kmpung.. OMG !

    ReplyDelete