Oct 15, 2017

Learn from Mistake - Entry 2011


Assalamualaikum reader :) Hi again. 



Okay, ika sendiri taktahu kenapa nowdays rasa mcm nak selalu update blog. Puas jugak fikir nak update and cerita pasal apa. One of my friend suggest to share my personal life. But me personally prefer to share more about books. Haha. But today, ika mcm would like to share something yang maybe dah basi. Oh no, bukan basi. Memang dah terlampau basi sangat dah. Ika patut lupakan je all this thing actually. 
Korang tahu? Ika start menulis dalam blog since high school. Masa tu, ika just buat a random entry about my personal life. Basically, ika boleh anggap yang majoriti dalam blog adalah pasal hal sekolah and rasa ketidakpuasan hati. 
During that time, ika menulis just for fun. and tak pernah pun rasa yang akan ada org follow and baca. Ika mula simply simply tulis apa saja yang ika rasa. without berfikir sangat masa tu. 




Dulu, ika pernah buat entry pasal Orang Jawa. Ika dah ingat ingat lupa dah. Memang kena kecam teruk dekat shoutbox. Semua anon yang dtg kat dlm blog tulis mcm mcm. Lepastu, ika mental breakdown kejap. Then, ika rasa mcm ika ada buat salah lagi dlm blog ni. Ika share pasal someone. Menyesal bila fikir balik. Haha. Sebab rasa mcm tak patut pun share. Masa tu, bila semua mula tulis yang bukan bukan. Ika rasa mcm dieorang mengaibkan ika dengan fitnah yang dieorg buat. 
Gambar bawah ni sebenarnya tahun 2011. Masa tu, ika baru belasan tahun. Tapi as you can see, memang kita tak boleh nak halang org nak kata apa pasal kita. So, ika pernah la rasa mcm pressure sikit bila fikir pasal blog. Haha. 

Ada banyak je actually yang ika dah screenshot, cuma ika tak ingat ika letak dekat mana semua gambar tu. Bagi ika, ika take it postive je la. Sebabnya kalau dieorang ni semua tak cakap mcm ni, ika maybe sampai sekarang akan tulis benda yang annoying, jelek, and hodoh. Haha. Hangpa mesti meluat dengan aku sampai hangpa muntah. 








Special thanks to anon anon yang datang singgah baca blog ika dulu, Korang mematangkan cara ika menulis and buat ika berfikir banyak sebelum nak up apa apa entry. Haha. Harap lepasni, tak ada la anon yang menjatuhkan. Nak anon yang menaikkan semangat and bagi sokongan :) 

Satu tips penting ika untuk sesiapa ya baru nak blogging. Jaga sensitiviti org lain, and isu isu yang kita nak cakap. Sometimes, bagi kita okay je. Tapi org lain baca, Org tu jadi terasa and tak gemar. Itu la kena bash tu haha. What a sad life la. 

And actually, ini entry yang ika simpan dalam draft. Tapi ika edit balik tahun ni. Maigad entry 2011 weh. Ni dah tahun 2017. So, till then, If you guys ada benda nak share. Boleh drop comment. hee. 







Mall Karangkraf, #mycybersale.


Assalamualaikum readers :) 
So harini, Ika nak share sikit pasal apa yang ika dah beli masa #mycybersale minggu lepas. Ika tahu kalau masa cybersale je mesti akan ada buku murah murah. So, ika hold kejap beli buku bulan ni. Bukan sebab kedekut nak spent duit untuk beli buku bila takda any sale ke apa. Tapi, sebenarnya, ika lebih suka kalau sekali dapat beli tu, banyak. So, bila ada pesta buku atau apa apa sale dekat website, mcm berbaloi untuk ika spent. 
so, ika beli buku dekat Mall Karangkraf
Okay, satu benda yang korang taktahu is ika memang pembeli tegar buku dari Karangkraf. Selalu pergi pesta buku yang dieorang buat :) Syurga buku sangat kalau pergi pesta buku. Rasa taknak balik pun ya. Boleh duduk situ pusing tiga empat kali untuk puaskan hati sendiri. Selalunya kalau nak ke pesta buku, ika angkut cousin dengan adik bongsu untuk mereka angkutkan buku ika haha. 
Bawak dua org budak ni senang. sebab jenis tak merungut nak balik and ngikut je belakang ika setiap kali ika tengok buku. That's why i love both of you guys. 


So, last few days. Ika beli 7 buku dekat website ni. Sebenarnya, ika aim Tombiruo. Tapi, rasa ,mcm bila tengok Tombiruo ada jual dalam set. Ika mcm terus nak aim yang itu. Hope boleh dapat nanti. InsyaAllah. Orang lain dah kemana hala dah dengan Tombiruo, ika baru nak baca. Bukannya tak pernah tengok buku nya. Tapi mcm lately ni, nak sangat buku RAM. haha. 
Ika tengok bajet jugak kalau nak membeli.  If tak boleh nak beli buku yang ika nak, still jugak ika akn hold sampai ika dapat. So, sebab nak beli buku RAM pun tak boleh,Novel seram pun tak boleh. So, ika saja usha bahagian buku RM 1-10. Sebab ika jenis tak kisah baca buku apa sekalipun dan tahun bila pun as long as, ianya buku. Haha. 7 buku yang ika beli is: 

1.Dia Tak Tanya : Aleya Aneesa (RM 5)
2. Terus Cinta Aku: Aleya Aneesa (RM 5)
3. Saya Tetap Nak Awak (RM 1)
4. Cinta Hatiku: Pitteriah Abdullah (RM 1)
5. Aku Bukan Bola (RM 1)
6. Belajar Memasak Langkah Demi Langkah (RM 1)
7. Wanita Yang Dirindui Syurga (RM 1)




Ika memang dah lama aim buku Aleya Aneesa. Sebab kalau pergi bookstore. If belek buku, sometimes mcm ini personal problem ika la. Ika tgk je harga buku tu. Ika akan mcm letak balik. Kalau cm dah sampai overlimit harga yang ika nak beli. Honestly, ika rasa novel sekarang mcm agak mahal sikit berbanding dlu. Tapi, ika faham la kalau nak difikirkan dengan macam mcm punya kos utk hasilkan buku apa semua. One of the reason jugak kenapa ika tunggu sale :') Ika tau Aleya Aneesa punya novel best. Thats why ika tak was was nak beli and lagipun sebab it just RM 5 per book. So cheap. And ika happy gila masa check list book dekat Mall Karangkraf, harga buku dia mcm jatuh murah cmni. Sis boleh jatuh pengsan terus haha. 


Ika beli buku hari Khamis. Jumaat pagi tu, ika email dekat dieorang tanya pasal berapa hari utk ika dpatkan buku ika. Ika tak guna Pos Laju. Ika guna KTMD. So, dieorang kata yang ika akan receive around 7 or 14 days. Ika haha memang tak sabar gila nak dapat semua buku ni. Tapi, guess what? Petang tu, org yang hantar buku ika ni call. Haha. Maigad, cepat gila servis dieorang. Like totally cepat. :) Ika puas hati dengan servis dari Karangkraf and also KTMD. and, if kita nak tanya apa apa dekat Karangkraf pun. dieorang respon cepat sangat. So, good job for you guys. 

Oh,before that. Postage RM10 for KTMD
Nanti, ika akan review buku buku ini dan yan lain untuk next entry. Siapa yang ada minat yang sama dengan ika, may drop your comment to share what is your fav book. Sebab for next entry InsyaAllah ika akn come out with review buku buku yang ika dah baca. 


Till then reader. Jumpa lagi :) 

Sep 24, 2017

Book Tok Aman Bali Resort on Traveloka


Assalamualaikum :) 
Hi Readers. I'm back again. With new entry which is as you can see above is Book Tok Aman Bali Resort on Traveloka. 
Macam ika, ika selalu rasa macam taktahu nak pergi mana if nak bercuti. Kalau rasa macam dah taktahu sangat, ika akan pergi tempat yang sama je.Keep on repeat same place sampai bosan. If nak set tempat untuk vacation pun, rasa macam limited sangat tempat untuk pergi.  Sedangkan, dekat Malaysia ni, ada alot of beautiful place yang dah diexpose and belum. 
Well, Tok Aman Bali Beach Resort ni ada dekat Kelantan. Kita tahu yang Kelantan ni kaya dengan pantai, pulau, danau, dan sungai  yang boleh menenangkan jiwa. Sesuai sangat untuk pencinta alam ni. Ada yang menamakan resort ini sebagai mutiara tersorok di Kelantan.  disebabkan usianya yang masih baru serta menepati citarasa dari segenap lapisan pengunjung. 






If korang yang tengah plan untuk bercuti dengan family, husband wife, friend. And still tercari cari resort terbaik bertaraf 4 bintang. You guys can choose Tok Aman Bali Beach Resort. Well, a little bit about this resort is: 

Dibuka: November 2011
Location: Tok Bali, Bachok/ Pasir Putih, lebih kurang 50km dari Kota Bahru, berhampiran dengan Jambatan Tok Bali. 




Okay, if korang dah sampai lobby dekat resort. Jangan rasa aneh aneh. Dekat lobby merupakan self service. Dah memang ada tulis 'welcome drink". Buat macam rumah sendiri. And resort ni mempunyai reka bentuk yang menarik which is semua blok menghadap kolam renang. Hiasan lobby pula simple but nice. Ada tumbuhan akuatik and also ikan kap jepun dalam kolam kecil. And jangan risau if hujan turun, sebab lobi resort and tempat penginapan ada bumbung yang bersambung. 
 Kalau tengok  bilik pulak dekat resort ni, dilengkapi dengan balkoni yang boleh buat kita meniklmati keindahan pantai dan tasik buatan. Very suitable for family, honeymoon, and also family day. Ada 3 jenis bilik which is, Deluxe King Room, Deluxe Twin Room, and Executive Suite. 



 Antara kemudahan lain yang ada is LCD TV with Astro, Minibar, Pengering Rambut, Wifi yang laju, kolam renang, Gym, bilik permainan kanan-kanak and kawasan permainan disediakan. Sebut pasal kolam renang. Kolam renang dekat Tok Aman Bali ni sangat besar. sebelah kiri untuk kanak-kanak, and sebelah kanan untuk dewasa. Dan juga terdapat minimarket. Selalunya mesti rasa runsing sebab kedai jauh nak beli jajan la , maggi la apa la. Tapi takyah risau. Dalam ni, semua ada. :) 





Pada siapa yang suka aktiviti outdoor, ada pelbagai pilihan aktiviti yang korang boleh pilih which is menaiki bot pedal, mengayuh basikal, ping pong, kereta kawalan jauh, kayak, paintball, dan mcm mcm lagi. Harga very affordable and sangat berbaloi dengan apa yang korang akan dapat and experience. Nice sightseeing, and having a lot of fun too. Aktiviti start from 9 am until 5 or 7 pm. 
So gais, what are you waiting for. Jom rancang percutian untuk upcoming school holiday. So gais,  Jom Book Tok Aman Bali Resort on Traveloka secara online. Memang berbaloi baloi :) 


Lots of love, Cik Ika. Jumpa in next entry readers:)