Nov 29, 2017

BOOK REVIEW - CREEPYPOSTA

8:29 PM 6 Comments

Hey, I'm back again. Oh, Assalamualaikum readers sekalian. ๐Ÿ™‹
Let's go straight forward to my title post above. Book Review- Creepyposta. 
Thankyou Najwa Yunos sebab belanja sis buku ni, menggunakan baucar buku dia yang tak pernah terusik. Ika dapat buku ni 4 hari lepas birthday ika (2016)
Well, buku ni ika sendiri pilih sebab kebetulan masa tu dia offer dekat kiteorang, ambik je buku apa apa pun dekat Borders, janji cukupkan amount baucar tu. HEHE. 
Before this ika pernah buat entry pasal buku ni, tapi bukan la secara full. My Mini Library

Rasanya tak terlambat lagi nak buat review pasal buku ni sebab sampai sekarang pun ika nampak still lagi ada org yang mencari buku ni. Tertarik dengan coverpage dia yang nampak cam satu machiam. Haha. Gambar tangan pegang aiskrim yang berdarah. Kuku dia tu pulak warna hitam. Em. Tengok cover pun dah feel. Yang paling penting, pasaipa cute sangat warna buku ni. HAHA. 



                                          SINOPSIS                                               
Setiap helaian akan menghantui anda. Ibu mengandung, pesakit jantung dan pengecut dinasihatkan untuk tidak membaca buku ini. Juga, jangan membaca separuh jalan. Kerana, selagi anda belum baca sehingga helaian terakhir buku ini, 'dia' akan mengikuti setiap langkah anda - menurut anda untuk membaca sehingga tamat. 
CREEPYPOSTA acalah koleksi cerita seram yang dikutip daripada dunia yang tidak nyata (dari media Wattpad)

AUTHOR: JEFFREY ZAIN
PUBLISHER: LEJEN
PAGE: 233 PAGES
YEAR: 2016


                                                MY REVIEW                                              

Eventho, ika kurang suka beli buku yang ada cerita pendek macam ni sebab selalu rasa tak puas bila baca and rasa cam ala, sekejapnya dah habis dah. Tapi, buku ni buat ika tukar fikiran. Ika mula sukakan buku jenis mcmni. Sebab dia sajikan ika a lot of stories. And i love it. Serius rasa seramnya. And yes, berbaloi. Penulis berjaya menulis cerita cerita yang tak klise. Ada satu dua cerita yang dah pernah baca dekat tempat lain. Tapi, yang lain semua baru dan serba baru. 

Ika suka semua cerita dalam ni. Serius tak tipu. Serioussssstalk. 
Paling ika suka is #DIRASAYANGDORA
Cerita mengenai sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka yang ada anak patung bernama Dora. Maka bila anak patung dah nama Dora, Dira tu anak perempuan nya la. 
Nak dijadikan cerita, Dira Dora ni seakan akan seiras. Dan dari situ la, bapak Dora mula merasakan sesuatu dekat anak patung anaknya. Kalau korang nak tahu apa yang dia buat, korang kena baca. 

Good job Abg Jeff, cerita ni memang menarik sangat bagi ika sebab plot twist. Ika suka sebab walaupun ceritanya ringkas tapi feel seram tu dapat rasa. Semuanya best. Sila la menulis lagi banyak buku camni. 

Highly recommended! Berbaloi dengan harga. 
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️



SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA

4:15 PM 10 Comments

Assalamualaikum & Hi ๐Ÿ™‹
Memandangkan, nak publish entry baru still loading and ambik masa. So, ika nak isi masa ika untuk join Segmen Sual Kenal Bloggers Seluruh Malaysia by Sis Sofie. Dah lama tak ada segmen macam ni. Seingat ika, dulu masa awal tahun 2010 memang trend sangat blogger buat segmen mcm ni. Alhamdulillah. Ada jugak blogger yang buat segmen mcm ni balik. 
Well, dalam masa yang sama. Boleh la kenal kenal dgn blogger yg masih aktif dekat Malaysia ni. Hee. So, as you guys know. Em. Ika susah gila nak letak gambar muka sendiri dekat muka. So,  maaf kalau dalam entry ni pun masih tiada gambar ika HAHA. 



So, siapakah gerangan owner Jari Jemari Menari ini? Let's start. 


Nama penuh ika, Syafiqah. Tapi, nama yang mudah untuk org ingat dan panggil is Ika.S. Nama nama lain is, pika fikah fifi kahkah syasya sica, malah ada jugak yang gelar pokok bergerak & princess fiona  masa sekolah dulu sebab ika pengawas. Pakaian seragam ika semua hijau.  S stand for my father's name. Lahir dekat Penang. Masih muda. Masih boleh digelar pelajar sebab tak graduate lagi. Student MSU Shah Alam. Course Bach. In International Business. Sekarang, masih gigih nak habiskan intern di sebuah company automobile di Autokeen. Another 4 months. InsyaAllah. Ada mak abah, 3 adik lelaki, dan seekor kucing. And ika sorang sahaja perempuan. So, perwatakan a bit kasar. Tapi dalam hati berbunga bunga penuh satu taman. ๐ŸŒธ 

DAN

MENUNGGU MASA YANG SESUAI UNTUK ๐Ÿ’

Ika mula blogging since 2010, masa tu sekolah menengah lagi. Cuma bezanya dulu menulis hanya sekadar menulis sahaja. Takda arah. Lebih suka menulis benda benda random yang jadi dekat sekeliling. And sekarang, cara menulis dah lain sikit. Sebab dulu, bila menulis je suka sangat merapu. Sekarang lebih matang sikit gituww. Blog sekarang lebih kepada personal blog. Sekadar menulis review dan experience sendiri. 
Pernah tinggalkan blog selama beberapa tahun gara gara tension dengan anon yang suka sangat kacau emosi kiteww. But, i'm back this year. 



Well, hobi ika actually suka membaca and sebenarnya ika review buku buku yang ika dah pernah baca and kep on repeat. Sebab tu, setiap hari ika kalau boleh nak up satu entry pasal review buku sementara masih gigih nak menulis and cerita yang dibaca masih kuat dalam ingatan. Jangan terkejut if ika setiap hari update entry pasal book review. Ika masih usaha untuk share review pasal semua buku. Yes, ika lebih suka baca horror book. Sebab novel cinta klise. HEHE. Tapi, buku apa pun ika baca. Tak memilih org kata haha. Pantang dengar ada pesta buku, mesti tergedik gedik nak pergi. Sampaikan abah ika akan cakap mcmni:

"KAKAK, BAIK HANG PUASA BUKU" 
"KATA NAK BELI SATU JE? KENAPA ADA DUA BEG PLASTIK? DUSTA BELAKA"
"INI SEMUA PERMAINAN LICIK"

Mak sambung dekat belakang: " REBUS JE LA BUKU TU", "BILIK MACAM KEDAI BUKU"


Of course, day by day ika nak improve cara ika menulis and nak la hasilkan entry yang berkualiti, memberi manfaat serta dalam masa yang sama masih kekalkan ciri ciri santai.Doakan ika gais.  Cita cita nak menulis novel itu ada, cumanya bila start menulis, asyik hilang idea dan rasa macam tak ada bakat. SLepas tu, terkubur la cita cita hangat hangat tahi hayam itu. Sekian HAHA. Tapi, em mana la tahu satu hari nanti terbukak hati betul betul nak menulis. 

Bagi ika, ika suka segmen mcm ni diadakan just because ika sendiri nak kenal dgn blogger dekat Malaysia ni. Kebanyakkan blog yang dulu ika suka baca dah tak aktif. So sad.Sekarang ada ramai muka muka baru yang berbakat and maigadd, what can i say is blog depa lawa gila. So, dengan cara ini ika rasa ika dapat kenal lebih mereka mereka ini. Itu je la sedikit tak banyak dari Ika. See you soon InsyaAllah in next entry.

Untuk menyertai Segmen ini,

Nov 28, 2017

BOOK REVIEW - LENDU FIXI

6:46 PM 2 Comments

Assalamualaikum reader. ๐Ÿ™‹
Kalini, novel yang ika nak review is Lendu by Blue. (FIXI). Sebenarnya, ika tertarik nak dapatkan buku ni bila terbaca sinopsis and tengok cover buku ni. Iya la, ika mengaku yang ika akan mudah tertarik dengan dua benda ni kalau berkaitan dengan buku. 
Nampak mcm scary bila cover macam waktu senja, siap ada lembaga hitam tak ada mata, dengan rumah. Nampak misteri sangat. 

Tapi, jujurnya macam a bit cuak nak beli sebab pernah ada experience baca buku Fixi, tapi end up rasa mcm tak mencapai expectation ika. So, kalini bila nak beli buku ni. Tetapi pikir seribu kali jugak. Tpi, disebabkan dah terpukau dengan sinopsis dia. Jadi mcm, tetapi nak jugak! HAHA. 


                                               SINOPSIS                                            
Buku ini merupakan diari seorang yang dipercayai mahasiswa di sebuah kampus tak lama dahulu. Kesahsihan apa yang terdapat di dalamnya tidak dapat kami pastikan. Diari ini kami terbitkan seadanya dengan beberapa lakaran tambahan tanpa mengubah apa apa dari segi ejaan atau tatabahasa. Identiti penulis tidak dapat dikenal, tapi dia dipanggil Blue dalam diari ini. Dan kampusnya di LENDU dipercayai masih wujud. 

PAGE: 195 PAGES
PRICE: RM 17.90 
AUTHOR: BLUE 
PUBLISHER: FIXI
YEAR: 2017




                                       MY REVIEW                                          

Honestly speaking, ika suka dengan konsep buku ni which is dia buat mcm ala ala diari. Dan page semua bergaris mcm kita selalu tulis diari la. Dan ada gambaran sekali. Rajinnya si Blue ni tulis diari. Details pulak tu. 
 Tapi sayang, ika mcm hilang minat nak baca bila start day 20. HAHA. Dia ada banyak day sebab dia cerita dari dia masuk sampai habis sem. Lepas dari tu, cerita macam dah mula kesana sini. But still, eventho ika dah mula hilang fokus untuk membaca. Ika still baca sebab dah beli kan ๐Ÿ˜‚ Sem 1 & 2 je yang okay la jugak bagi ika. 
salah ejaan and typo berbagai bagai tu tak mahu la komen. em. 

Kecewa jugak sebab ika taktahu kenapa setiap kali baca buku fixi, Ending dia mesti twist ending. Memang la ika suka mcm plot twist punya cerita. Tapi, entahlah. Mungkin ika nak plot twist yang happy ending gituwww? Boleh camtu? Buku ni memang ada ending yang em. Cuma haha tak apa la. Sebagai pembaca, ika nak sesuatu yang boom sikit. 

Satu benda yang ika suka dalam buku ni is gambar gambar. Lebih leka tengok gambar. Overall, ika rasa if korang nak cuba baca buku ni. Why not kan. Try je la. Tapi, jujur ika cakap. Ika baca buku ni sekali sahaja. Ika salute dengan penulis sebab effort dia menulis tu kena la diberi pujian sebab bukan senang nak menulis. 
Tapi, maybe boleh di improve lagi. Jangan repeat situasi yang sama all the time. Sebab ika tak suka baca benda and situasi yang sama banyak banyak kali. Dalam buku ni, banyak repeat pasal rasuk. Em. 

Maybe pasni, kalau betul betul nak try baca buku fixi kena banyak baca review org kot. Kalau tak mesti frust menonggeng cmni. em. 

Ika kasi ⭐️ HAHA. Can ha. 

Nov 27, 2017

" Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! "

6:59 PM 6 Comments


Assalamualaikum. Harini nak join Lubuk Seni Giveaway dari Emalisa. 
Memandangkan, sis ema ada komen ajak ika join giveaway dia. So here we go.
Follow blog ✅
Buat entry ✅




 giveaway

 Hai awak, blogger yang hebat tu ~

Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.







sejuksedap lawa cara moden



SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]

Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 





sejuksedap lawa cara moden




Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 

Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.




Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 

TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.



BOOK REVIEW - DIAGNOSIS FOBIA

5:04 PM 3 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ๐Ÿ™‹ 
I'm back with new book review entry. 
So, harini ika nak review buku Diagnosis Fobia by Whitecoat. Ika aim buku ni agak lama sebab curious sangat jalan cerita dalam buku ni. Tengok pulak tajuknya Fobia and cover buku dia boleh tahan menarik. Ika dapat je baucar buku yang tahun ni dah jadi kad debit. Terus gigih pergi beli. Haha. Dan ika tertarik dengan nama Fatin Liyana sebenarnya sebab ika tahu dia kalau menulis dalam blog sangat santai dan kelakar. Tapi, kalini. Cerita dia dalam novel ni lain dengan cara dia menulis dalam blog which is lebih berat dan penuh pengisian. 

So, let's start. 

Mengabungkan 7 orang doktor yang memang berbakat menulis. Which is Dr Anwar Faizal, Dr Aizzat, Dr Fatin Liyana, Dr Beni Rusaini, Dr Mahyuddin, Dr Mafeitz & Dr Shahnaz. 
Each penulis akan belanja more than satu cerita. Hee. Total ada 26 kisah yang berbeza beza mengenai pengalaman dekat hospital. 
PRICE: RM 30
PAGES: 393


MY REVIEW: Honestly speaking, ika suka buku ni sebab jalan cerita yang simple dan bukan la putar belit eventho ada yang guna term kedoktoran. But still boleh faham sebab dekat bawah tu dieorang bagitahu apa maksud untuk term yang dieorang guna. Dari situ, kita dapat lagi satu ilmu baru yang bagi ika ilmu basic seorang doktor. Penggunaan ayat yang mudah difahami, cerita yang menarik dan semuanya cerita berbeza dan tidak klise, and also bagi ika walaupun dia short stories, tetap menambat hati pembaca. Cerita seram yang boleh diterima dek akal dan logiknya itu masih ada. 

Next, is buku ni ada selitkan petikan petikan ayat yang berkaitan dengan cerita contoh mcm Ayat Kursi, Penggerak dan sebagainya. Tak semua buku seram selitkan ayat ayat Al Quran. Mungkin ada tapi Ika yang tak jumpa, tapi ini buku pertama ika baca yang ada.

Overall, senang cerita. Buku ni memang patut ada dekat rak korang yang mana minat baca cerpen pendek yang seram. Dalam banyak banyak cerita dalam ni ika paling suka cerita: 
MAK & COAG BY DR FATIN LIYANA 
KELIRU BY DR SHAHNAZ
MR GEORGE BY DR MAFEITZ. 
CRIME OF PASSION BY DR BENI 
FOBIA 1 2 3 BY DR AIZZAT
ANGSI & FARHAN BY DR MAHYUDDIN 
TAJWID BY DR ANWAR FAZAL 

Kira  mari la itu rasa haha. Meremang okay. Naik semua bebulus. HAHA. 

Good job doctors. Well done. ๐Ÿ‘ Highly recommended to you guys. Berbaloi dengan harga RM30 tu. 
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️



Nov 23, 2017

BOOK REVIEW - PROJEK SERAM WAD ๐Ÿ’Š

4:46 PM 8 Comments


  Assalamualaikum & Hi. 
Next book review ika pasal Projek Seram Wad by Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin & Ebriza Aminuddin. 
Okay, let's talk about this book. Wad? Of course main place dia dekat hospital. Hospital ni bagi Ika, mana mana hospital pun terasa cam seram and suram dan cam keras. Tak kira la seceria mana pun hiasan dalaman luaran hospital tu, but still bila malam. Tetap menakutkan. 

Kalau tengok balik cerita Thai, depa selalu buat cerita dekat hospital, Indon pulak siap ada suster ngesot, citer omputih siap ada scene macam hantu muncul dekat dalam wad la apa la. Banyak yang dapat ilham pasal hantu bila terfikirkan wad and hospital. 

HATI HATI.. JANGAN SAMPAI JADI MANGSA 

Novel ni sebenarnya adalah special edition of Projek Seram. Cerpen dari penulis penulis Seramlicious.  Novel ni bercolour, tak macam novel yang colour hitam tu. Sebab yang ni bercolour is senang org nak identify yang jenis bercolor camni jenis Projek Serem, cerpen. 
Tengok cover dia ada muka org berbalut pun dah buat kita fikir lain. HAHA.
This will be long entry. Ika akan fikirkan cara untuk review dengan simple dan mudah untuk book review akan datang. 



                                              SINOPSIS                                                 

PRANK - ZA " Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!" 
Sheila tidak percaya tentang kewujudan makhluk halus. Dia telah dicabar Joe untuk bertapa di sebuah hospital lama selama tiga jam. Kalau dia berjaya melalui ujian itu, Joe akan membayar upah sebanyak RM1000. Malangnya, suatu malapetaka telah berlaku di mana gadis itu terbunuh. Apa sebenarnya terjadi? Adakah ia satu perbuatan prank atau benar benar terjadi? Ataupun muslihat Joe sendiri? 

REVIEW: Honestly, ika suka cerpen ni sebab plot twist. Of course mcm cerita yang selalu kita dengar pasal hal  cabar mencabar ni. Tapi ini lain sikit. Sebab apa yang kita fikir tak sama dengan apa pengakhiran cerita. Bengang jugak dengan watak Joe ni. Mamat poyo yang suka cakap besar. Tapi end up dia yang terkena lebih dari org lain. Macam ayat tu makan diri dia sendiri. Pity you Joe HAHA. 
_________________________________________________________________________

BOURRE 304 - HASRUDI JAWAWI "Hari ni kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau" 

Sejak ditugaskan di Bourre 304 yang terletak di Blok 3 aras empat hospital itu, hidup Izara mula diganggu sesuatu. Selain itu, pesakit pertama yang perlu dijaga dan uruskan di Bourre 304 juga mengundang misteri. Kelibat wanita berwajah mengerikan yang seiras dengan pesakit pertamanya itu selalu menggangunya. Apa kaitan Izara dengan pesakit yang berpangkat Datin itu? 

REVIEW: Oh, first time baca nama watak utama dia Izara terus dalam otak teringat Izara yang cantik tu. Haha. Jujurnya, ika dah boleh predict jalan cerita ni sebab mcm dah pernah baca and ada jugak movie yang lebih kurang sama mcm cerita ni. Predict tu dari segi ending dia. But still, penulis berjaya ceritakan suasana seram dan misteri. Tak senang nak bagi pembaca rasa suasana mcm apa yang ditulis. Main issue cerita ni is kecurangan curang dicurangi mencurangi. Cis, emo. 

___________________________________________________________________________

HOSPITAL MELORSARI - JULIE JASMIN " Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik tarik selimut ni?" 
Ambulans yang sepatutnya membawa mereka ke Hospital KPJ sudah tersilap hospital membawa mereka ke Hospital Melorsari. Kehilangan demi kehilangan pesakit di Hospital Melorsari menjadi tanda tanya. Apakah kisah di sebalik kehilangan pesakit pesakit di sini? Apakah rahsia yang tersimpan di Hospital Melorsari? 

REVIEW: Bagi ika, jalan cerita mcm ala ala cerita melayu yang Aeril berlakon. Lupa nama tajuk filem tu apa. Tapi konsep salah hospital tu sama. Betapa beraninya watak utama dia bernama Zawin. Menjalani hari hari dekat hospital yang salah. 
Cumanya, cerita ni ada plot twist jugak. Best. Doktor Rizki dan jururawat yang mental. 

_____________________________________________________________________________

BILIK 13- EBRIZA AMINNUDIN " Hati hati..jangan sampai jadi mangsa" 
Addin Adilla merupakan jururawat yang baru bertukar ke Hospital Cempaka Suri berasa pelik apabila dia menjejaki kaki ke wad 13. Orang orang di sana cukup berbeza sekali dengan orang orang di wad biasa membuatkan mindanya berkecamuk memikirkan tentang mereka. 

REVIEW: Honestly, ika suka cerita ni sebabnya lain sikit. Suka cara pengceritaan penulis menceritakan pasal Addin. Addin berjumpa dengan mcm mcm org dekat hospital tu. Dan yang paling nyata, dia tak boleh sebut kalimah Allah, seolah olah macam berat betul mulut dia nak menyebutnya. Macam ada kaitan dengan kehadiran dia dekat hospital tu. Dan ada satu nenek yang menami Addin dari permulaan sampai la habis cerita. 

Bintang jujur dari ika untuk novel ni is ⭐️⭐️⭐️
PRICE: RM 26 (nak murah tunggu pesta buku k gais)
PAGES: 523 

Apa pendapat korang pulak kalau terfikirkan pasal wad? Any good or bad experience ke? Drop your comment here and share hee. 
Till then gais. See you gais in next entry. 

Nov 21, 2017

BOOK REVIEW - RINTIHAN MAZLIZA ๐Ÿ“–

8:13 PM 7 Comments


Assalamualaikum & Hi readers ๐Ÿ™‹
Harini, ika nak buat entry mengenai review buku pulak. Sebab sama jugak macam movie, ika baca a lot of books too. So, ika nak share dalam blog buku buku fav and so so punya buku dgn reader. 
Boleh kita share share buku yang best. Or ika lebih suka baca review org yang dah baca satu satu buku tu, so that ika boleh la macam ada rasa eksited nak ada and baca buku tu jugak. 

Ika pakai gambar ni utk sementara. Ika ambik dari Insta, so tak clear.

Sebenarnya, ika suka dengan novel novel dari Zaifuzaman Ahmad start dari novel Cerita Satu Malam. Masa tu, first time baca novel seram sorang sorang dalam bilik. And, serious meremang bila baca. Macam feel cerita tu sampai. Memang ZA ni mcm salah seorang penulis lama yang suka menulis cerita seram. Macam baya baya RAM kot. HAHA. 
Since that night, ika mula buru novel novel lama and baru dari ZA. 

Rintihan Mazliza ni buku lama, tapi dah tukar jadi cover baru. Rasanya, kawan ika pernah ckp dia pernah baca novel ni masa dekat asrama. So, waktu tu tahun 2010 la. Kira lama jugak novel ni. Tapi still, masih dibaca sampai sekarang. Lagi lagi bila semua novel seram Buku Prima dah diseragamkan jadi warna hitam. So, bila buat collection. Novel ni semua nampak sangat la smart and cantik sedap mata memandang.

                                                  SINOPSIS                                                 

Cover lama. 

Amirul merupakan pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang baru dibina. Dia sering bertemu dengan kanak kanak perempuan bermain teng teng dan diganggu suara kanak kanak menangis. Suatu hari dia terjumpa beg sekolah kanak kanak bernama Mazliza. 

AUTHOR: ZAIFUZAMAN AHMAD
PAGES: 368 pages
PUBLISHED: JANUARY 2007. 
GENRE: HORROR. 

                                                           MY REVIEW                                                          

Suka dengan cerita simple yang cuba nak disampaikan oleh ZA. Senang untuk difahami. Bukannya berbelit dan too compilcated. Kalau nak difikirkan, kita cuma kena fokus baca dan kenal watak sahaja sebab watak yang kerap muncul dalam novel ni is Amirul dan Cik Hantu Mazliza itu sendiri. Dia selalu munculkan diri depan Amirul and kasi hint. 
Dari situ, Amirul ni mula cari identiti Mazliza ni. Sebab dia selalu kena ganggu. 
Dia mula bertanya org org kampung. 

Bagi ika personally, ika suka character Amirul yang takut takut berani, tapi dalam masa yang sama geram jugak sebab dia lambat pickup. Haha. Rasa nak je masuk dalam cerita ni and tolong dia investigate. Rasa cam dia lambat sangat HAHA. 'Sis ni pun bukan la penyabar orgnya. 

Ada terselit perasaan simpati dekat Mazliza. Budak kecik yang jadi mangsa keadaan. Kalau nak tahu kenapa Mazliza berlegar legar dekat sekolah tu? Dapat ke si Amirul tu dapat jawapan siapa Mazliza? Apa sebenarnya yang jadi? 
Korang kena baca novel ni. 

Cuma personally,ika hampa sikit dengan ending dia yang mcm ala ala tergantung haha. 
⭐️⭐️⭐️

Kalau rasa nak cuba baca, why not. Lain org, lain opinionnya hee. 
Till then gais. Jumpa in next entry. InsyaAllah. 

Nov 20, 2017

"Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com"

10:59 PM 12 Comments

Hi & Assalamualaikum. 

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam kotak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/