Nov 14, 2017

Always in my heart, Tati ❤️️


Assalamualaikum and Hi readers ๐Ÿ’™
This entry ika dedicated special untuk Arwah Tati. 
Kenapa Tati? Maybe sebab dulu masa ika kecik. Budak budak kan pelat and nak cepat je cakapnya. So, nama arwah Norhayati. Nak senang punya pasal, panggil Tati, asalkan ada la bunyi Ti Ti belakang tu. Haha. 

Arwah sangat rapat dengan my family. Sebab dulu masa ika kecik, family duduk sekali dengan dia, kebetulan masa tu arwah tak kahwin lagi. Arwah bela serta belek Ika & adik adik macam anak dia sendiri. Ika membesar depan mata dia, sampai la ika umur 6 tahun. Lepastu, arwah kahwin. Family pun pindah. 

Satu benda yang paling ika suka pasal arwah is dia sangat sangat sangat pandai masak. Even dia jenis suka share resepi yg dia masak dekat semua org, tapi tak sesedap air tangan dia. Serious talk. Since i was kid, i always request any kind of food that i want. 
Personally, dari pandangan mata ika. Suami & anak anak dia kira sangat beruntung. Sebab arwah sangat pandai masak and suka masak bagi makan. 

tapi, 



Raya tahun ni. Sebelum arwah meninggal. Memang kebetulan, kiteorang beraya dekat Penang. Memang tau, dia sakit sebelum raya lagi. Dia tak lalu makan and selalu cakap mcm dia tak larat. So, hari raya pertama tu. Pergilah ziarah dia. And macam biasa, dia happy and kiteorang sembang mcm biasa masa tu. Suddenly, around 5-6 pm mcmtu, her son call us, cakap arwah masuk hospital. Totally shocked. sebab baru je jumpa. 

Of course, masa sampai Hospital. Arwah ada dekat ICU. Macam biasa, mana boleh masuk ICU ramai ramai. Tapi, masa tu ika nak sangat masuk. Macam i dun care, nak jugak tengok depan mata. So, ika org terakhir masuk tengok arwah masa tu. Masa tu, dia pandang ika dengan mata merah, sebab rasanya dia sakit mata masatu. Tak boleh bercakap dgn dia, sebab dia lemah and doc pun halau sis. Huu. ๐Ÿ˜ญ




Balik rumah, esok datang balik. Bila dapat tahu, yang arwah guna bantuan mesin. Tengok pulak keadaan dia. Rasa mcm sedih sangat. Ramai sangat org masa tu, tapi Alhamdulillah. Ika berpeluang jaga arwah dari petang sampai malam. Walaupun sekejap, at least ika tak rasa ralat dan menyesal sampai bila bila sebab tak jaga dia masa dia sakit. Lepas tukar giliran dengan suami arwah. Ika balik je dgn family. Baru sampai depan pintu rumah. Anak dia call, cakap arwah dah takda dah. Susah nak percaya. Serious mcm terlampau cepat sangat. 


Akak sentiasa doakan Tati. I love you. Terimakasih sebab datang rumah kami haritu, and spent your time with us, almost a month. Kami tau Tati seronok mai umah, sebab boleh tenangkan diri and release tension.  Masakkan untuk kami satu family. Tengok cerita The Promise, ingat dekat arwah. Sebab dia selalu tengok cerita tu. 

Suami arwah cakap: 
"Kak, Arwah paling sayang kat hang macam anak dia sendiri"

Em. Deep, very deep. 

Al Fatihah. 


1 comment: